Sunday, May 19, 2013

Cara DAP Bodohkan Cina!


Kenyataan twitter Koo Ham merupakan salah satu cara pembangkang memburukkan imej parti komponen BN yang mewakili masyarakat cina iaitu MCA. 

Dakwaan sebegini sudah acap kali diluahkan berulang kali bagi discredit reputasi dan kewibawaan MCA sebagai sebuah parti yang memperjuangkan nasib kaum cina di negara ini. 

Thursday, May 16, 2013

Teksi Limo KLIA Goyang Kehadiran Teksi Bandar



Tak salah nak menyuarakan kebimbangan yang berbuku di hati. Tapi perkara ini baru hendak bermula dah di andai sebagai masalah? Adakah ini cara yang betul! Bagilah ruang masa! 

Semalam 15 Mei pemandu teksi bandar secara rasminya mula beroperasi mengambil dan menurunkan penumpang di KLIA.

Wednesday, May 15, 2013

Senarai Kabinet Malaysia 2013


Macam-macam perasaan menghurungi dengan pengumuman senarai kabinet hari ini oleh Najib. Ada terkejut, ada pelik, ada yang geli hati, ada yang happy dan ada juga yang sedih. Relaks lu!

Yang terkejut sebabnya pelbagai, terkejut sebab ada nama-nama yang digugurkan dan ada juga nama yang memegang potfolio yang tidak sepatutnya. Yang rasa pelik dan geli hati berfikir mengapa pula nama si polan ni pula yang jadi menteri? Apa jua rasanya itulah keputusannya! Yang kecewa jangan lah melatah tak tentu hala.

Tuesday, May 14, 2013

Punca BN Hilang Undi ?


"Sorry salah!" Ni macam pun ada ka? Salah pangkah punya kes terus jadi undi rosak! Ini hanya salah satu kes, sebelum ini perisik telah mendengar sendiri dikalangan pengundi muda yang sengaja membuat undi rosak ketika hari mengundi lepas.

Di kalangan pembangkang sekarang ini pun tengah meracun pemikiran anak muda terutamanya dari kaum cina dengan alasan dah popular sepatutnya PKR-DAP-PAS dah jadi kerajaan Pusat. Tapi BN pula yang bentuk kerajaan. BN tipu PRU13??

Teksi Bandar Dah Boleh Ambil Penumpang KLIA !!



Kebiasaannya had operasi teksi bandar adalah sekadar menurunkan penumpang sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang atau lebih di kenali sebagai KLIA. 

Kemudianya mereka terpaksa memandu keluar dari KLIA tanpa penumpang. Bermakna tiada pendapatan dalam perjalanan berpuluh kilometer keluar dari kawasan lapangan terbang untuk balik semula ke bandar.

Monday, May 13, 2013

UMNO Parti Rasis? Maaf Kata!


Bila wujud parti mempertahankan sesebuah bangsa yakni melayu, parti tersebut terus di anggap rasis! Bila wujud pula NGO yang mempertahankan bangsa melayu, NGO tersebut turut di cop rasis. 

Dalam aliran politik semasa, kita melihat sesiapa sahaja yang mempertahankan melayu di bumi yang asalnya dikenali sebagai Tanah Melayu dengan hormatnya anda akan di anggap rasis! Tahniah!

Sunday, May 12, 2013

Hapuskan Hak Istimewa Melayu


Memang itu yang di rancang oleh wakil pembangkang dalam ucapan di Stadium Kelana Jaya baru-baru ini. Ucapan hapuskan hak istimewa ini disambut dengan laungan gemuruh sebagai tanda sokongan oleh para penyokong Cina, India dan Melayu.

Adakah wakil melayu yang berucap itu menyedari dan memahami dari skop yang luas tentang apa yang dilafazkan? Atau semata-mata menjadi alat untuk menagih sokongan kaum cina yang membanjiri stadium tersebut?

Korang Dah Kalah!! Siapa Yang Bersalah??


Apa lagi yang korang tak puas hati wahai suara-suara kalah di luar sana!? Sudah menang negeri, sudah boleh jadi kerajaan apa lagi yang tak puas hati!? Memang ada yang sabotaj, memang ada yang rela menjadi barua semata-mata nak bunuh karier politik calon parti sendiri.

Persoalan pokoknya adakah semua kawasan yang korang bertanding hadapi masalah cantas mencantas!? Tak semuakan! Kerana hanya sebilangan kecil je terjadi begini! 

Thursday, May 9, 2013

Sejuta Berhimpun Di Kelana Jaya

Gambar Hiasan
Apa lagi magic show pakatan selepas PRU ni? Sebelum PRU mereka dah buat magic hilangkan dakwat kekal. Namun terkantoi selepas dakwat yang cuba dihilangkan pada jari salah seorang anggota tentera masih jelas kelihatan cuma sedikit pudar. Alasan pudar ini dakwa mereka sebagai dakwat dah hilang pada jari! 

Hari ni berdegar pula macam-macam cerita yang kononnya berlaku penipuan dalam PRU13. Mulalah timbul cerita-cerita mulut tentang pengundi hantu dari Indonesia, Siam dan Filipina. Timbul juga isu tentang black-out atau bergelap akibat bekalan elektrik terputus ketika proses pengiraan undi. 

Wednesday, May 8, 2013

Kawan Anwar Iktiraf Kerajaan BN!!


Bang Non tak perlulah nak buang masa berhimpun besok! Amerika sendiri dah iktiraf keputusan pilihanraya Malaysia. Hahaha..negara yang Bang Non bangga-banggakan pun iktiraf BN sebagai kerajaan. Apa lagi nak mengarut!

Biar kita sentuh sikit hal Amerika ni! Kalau kita ambil kes pilihanraya di Amerika,  pernah berlaku ketegangan sehingga keputusan pilihanraya mereka telah dibawa ke Mahkamah Agung untuk di muktamadkan.