Monday, December 27, 2010

Terima kasih Tan Sri Yusof Noor, syabas Tan Sri Isa Samad

     

Saya terbaca berita dalam sebuah laman web bahawa mantan Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Felda menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor. 


Saya agak terkejut kerana pada pendapat saya Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor telah menjalankan tugas yang amat baik sepanjang menjadi pengerusi Felda.

Memandangkan pengumumkan itu dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, saya percaya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai sebab yang kukuh untuk membuat perubahan itu. 


Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pelantikan itu berkuatkuasa 1 Januari 2011. Bagi saya Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor seorang pemimpin yang berjiwa rakyat yang sering turun ke kawasan Felda menjenguk anak-anak buahnya. Saya harap Tan Sri Mohd Isa dapat meneruskan amalan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang disenangi oleh peneroka.

Namun saya lega apabila mendapat tahu Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor telah dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda. Ini bermakna orang Tan Sri Dr Yusof Noor masih boleh menyumbang kepada Felda.

Tahniah saya ucapkankan pada Tan Sri Mohd Isa dan semoga pengalamannnya, terutama dalam bidang politik dapat membantu menangkis cerita-cerita buruk mengenai Felda yang selalu dijaja oleh pembangkang. Terbaru, PRK ada umum nak sasarkan peneroka Felda dalam PRU akan datang. 

Mereka ingat senang-senang ke peneroka nak percaya dakyah mereka?  Mereka tak tahu ke, yang tak puashati dengan Felda tak sampai lima peratus aja jumlahnya. Golongan minoriti ini buat bising kerana ada kepentingan sendiri, terutamanya Mazlan Alimin, yang berangan-angan nak jadi wakil rakyat.

Tak lama lagi Pilihanraya Kecil (PRK) Tenang akan berlangsung. Saya gerenti pembangkang akan ungkitkan isu Felda lagi, apatah lagi seramai 4,000 peneroka akan mengundi kali ini. 

Saya juga yakin si Mazlan Aliman akan muncul lagi menjaja cerita tak baik mengenai Felda.Tetapi saya yakin peneroka-peneroka di Tenang, Cempelak dan Cempelak Bara tidak akan mudah terpedaya dengan dakyahnya. Tengok dia berani masuk ke kubu kuat BN tu atau tidak. Silap-silap kena halau!

Lagipun Felda di DUN Tenang tak ada isu pun! 

Harga getah dan melambung naik. Bolehlah peneroka masukkan duit lebih itu ke dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan pungut dividen 14% setahun. Lumayan tu!  Bulan lalu PM umum Felda akan bina gelanggang futsal di 250 tanah rancangan yang belum ada gelanggang. Kelmarin PM umum nak bagi Bous Insentif Produktiviti sejumlah RM100,916,600 kepada 94,281 peneroka Felda di seluruh negara. 

Apa lagi warga Felda nak komplen?

Saya juga ada terbaca Felda nak beri anugerah atau pengiktirafan kepada penulisan rencana dan blog terbaik mengenai Felda. Tak tahu pula pengiktirafan itu akan diberi dalam bentuk apa. Rasanya kalau lumayan hadiahnya, blogger yang menentang Felda pun mahu tulis baik-baik pasal Felda kot? Heh heh.

No comments:

Post a Comment