Thursday, July 28, 2011

Peneroka Sayang FELDA

Sewaktu saya menghadiri majlis pelancaran Pra-Ramadhan 1432 di Dewan Perdana Felda petang tadi, saya menemui ramai pengerusi masjid rancangan Felda di seluruh negara. Antara yang sempat saya berkenalan ialah Haji Ismail Johari dari Felda Palong 1. Apabila saya bertanyakan pendapatnya mengenai kritikan-kritikan pembangkang terhadap Felda, beliau amat tersentuh. Ikutilah luahan rasa beliau menerusi video ini.

Saturday, July 23, 2011

Mazlan Aliman - saman makan diri

Akibat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri! begitulah nasib yang menimpa pengerusi Persatuan Anak Felda (ANAK), Mazlan Aliman! Akibat terlalu ghairah nak menyaman FELDA, tetapi akhirnya dia yang kena bayar!




Pada 17 Ogos tahun lalu, Mazlan Aliman, mengemukakan saman RM20 juta ke atas empat pihak, termasuk kerajaan yang didakwanya membuat penahanan dan tangkapan menyalahi undang-undang selepas dia menghadiri sebuah mesyuarat di rumah peneroka di Raub pada Mac 2010. 


Ketika mengemukakan tuntutan saman itu tahun lalu, Mazlan, 45, tahun telah menamakan Awang Sulong, Inspektor Mohd Azran Rahmat (pegawai polis yang menangkapnya ketika itu), FELDA dan Kerajaan sebagai defendan.


Tetapi pada Jumaat, Mahkamah Tinggi Temerloh bukan sahaja mengetepikan saman Mazlan itu, malah mengarahnya membayar pula Felda dan Awang Sulong, RM8 ribu setiap seorang. Mahkamah juga menolak permohonan Mazlan supaya mengisytiharkan penahanannya pada tahun lalu itu menyalahi undang-undang.


Memang kelakar nasib Mazlan Aliman, yang selama ini tak henti-henti mencari kesalahan Felda! Sudah-sudahlah itu Mazlan. Nak dekat puasa ini, bertaubatlah!

Tuesday, July 12, 2011

Tahniah dan syabas kepada peneroka

Pada 7 Julai lalu Felda meraikan Hari Peneroka 2011 dengan penuh gilang gemilang di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang, dihadiri lebih daripada 20,000 peneroka dari seluruh negara. Bandar yang sebelum ini dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka, diberi nama baru sebagai menghargai jasa pengasas Felda, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Pelancarannya disempurnakan oleh anak allahyarham, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.


Ketika berucap, Najib mengumumkan peruntukan bernilai RM250 juta untuk mempertingkatkan kemudahan prasarana di bandar itu, antaranya pembinaan kompleks sukan, stadium, terminal bas baru, serta pembinaan 500 unit rumah untuk generasi baru Felda dan banyak lagi.

Jika Allahyarham Tun Razak masih hidup, dia pasti berbangga dengan kejayaan Felda yang kini mempunyai 23,000 kakitangan dan 60,000 pekerja ladang. Allahyarham pasti berbangga melihat kejayaan-kejayaan yang diraih Felda di bawah kepimpinan anaknya itu. 

Antara kejayaan besar Felda sejak Najib menjadi Perdana Menteri ialah pembinaan Maktab Rendah Sains Mara Felda (MRSMF) Trolak dengan kos pembinaan RM123 juta yang boleh menempatkan 1050 pelajar pada satu masa.


Selain itu Najib juga telah mengarahkan rumah-rumah peneroka yang asal diubah wajah dan dia meluluskan pinjaman pembesaran rumah kepada 6,365 peneroka dengan nilai pinjaman berjumlah RM249.51 juta.


Najib juga instrumental dalam mengilhamkan projek Gedung Makanan negara (GMN) yang mendapat peruntukan RM750 juta. Penubuhan GMN adalah usaha Felda menambah bekalan makanan negara dan mengurangkan iomport makanan.

Najib juga berperanan mengarahkan perlaksanaan program tanam semula secara besar-besaran kebun peneroka dalam tempoh tiga tahun bermula 2009 hingga 2011 dan melibatkan kawasan seluas 92,450 hektar. Program itu dibuat sebagai langkah mengatasi masalah hasil rendah kebun peneroka dan meningkatkan pendapatan mereka, Dengan perlaksanaan program ini, semua kebun peneroka akan siap ditanam semula pada 2011.


Najib juga adalah orang yang bertanggungjawab dalam kejayaan Felda mengambilalih perniagaan gula daripada Perlis Plantation Berhad bernilai RM1 Billion pada tahun lalu dan pada 28 Jun lalu MSm MSM Holdings Berhad, tersenarai di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Pada hari pertama penyenaraian, KPF telah mencatatkan keuntungan RM300 juta

Jasa Najib memperkenalkan Pelan Khairat Peneroka untuk meringankan beban waris peneroka yang meninggal dunia juga pasti akan dikenang sampai bila-bila. Menerusi pelan berkenaan, waris akan diberikan bayaran serta merta RM3,000 bagi setiap kes kematian dan RM7,000 selepas permohonan diterima.

Najib juga tidak mengetepikan generasi muda apabila dia meluluskan pembinaan gelanggang futsal di semua rancangan Felda di seluruh negara dalam tempoh dua tahun dengan peruntukan RM25 juta. Najib juga membuka jalan kepada Felda bekerjasama dengan KPF Holdings untuk memberi peluang kepada generasi baru membabitkan diri dalam bdiang perkhidmatan restoran dan menjadi usahawan. Di bawah pimpinan Najib Felda juga telah berjaya menghantar 100 pelajar generasi baru dalam bidang maritime dan perikanan serta hospitaliti dan pelancongan ke Kolej KINI Felda Sahabat, Sabah, dengan kos RM15 juta.


Pemimpin peneroka juga Najib tidak lupakan apabila dia bersetuju menaikkan elaun 200 peratus kepada  timbalan pengerusi JKKR, pengerusi GPW, pengerusi belia, setiausaha dan bendahari JKKR/GPW berkuatkuasa 1 Januari 2011 dan melibatkan 1805 pemimpin peneroka di seluruh negara. 

Dalam ucapannya juga, Najib mengumumkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang mempunyai 220,210 ahli, telah tersenarai dalam 10 koperasi terbaik dalam ranking Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). KPF juga mencatat dividen tertinggi dalam tempoh 30 tahun. Berikutan itu KPF telah akan memberikan dividen sebanyak 15 peratus kepada ahli-ahlinya.

Dalam ucapannya juga Najib mengetepikan tohmahan pembangkang yang mengatakan Felda bangkrap dan kenyataan itu diperkuatkan dengan rekod pencapaian sehingga Mei  2011, kedudukan tunai Felda ialah RM2.84 billion, iaitu peningkatan 40.6 peratus berbanding kedudukan tunainya pada 31 Disember 2010, iaitu RM2.2 billion.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas kepada Felda Tunggal yang mendapat durian runtuh RM1 juta apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Keceriaan Kampung sempena sambutan hari peneroka berkenaan.

Tahniah juga kepada Rosli Mohamad dari Felda Tersang 3, Wilayah Mempaga, Pahang yang memenangi Anugerah Usahawan Felda. Kontraktor pertanian dan perladangan itu menerima piala, sijil dan wang tunai dan sijil Koperasi Permodalan FELDA (KPF) bernilai RM10,000.

Wednesday, July 6, 2011

Jom Ramai-Ramai ke Stadium Mini Jengka sambut Hari Peneroka 2011 bersama PM

  

Tadi saya sempat ke stadium mini Bandar Tun Abdul Razak, Jengka yang sebelum ini dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka. Saya tengok penganjur sibuk buat rehearsal dan stadium itu dihias cantik. Banyak poster, banner dan bunting terpampang gambar allahyaram Tun Razak.

 

Saya pun nampak kelibat pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang turut sibuk ke hulu ke hilir membantu pegawai-pegawainya buat kerja. Saya pun sempat tangkap gambar dan minta aturcara untuk esok untuk dikongsi kepada pembaca.

  

Saya dengar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan sampai pada 9 pagi. Jadi, kepada peneroka dan penduduk tempatan, pastikan datang awal sebab sudah pasti banyak jalan akan tutup apabila PM sampai.

Saya dengar selepas selesai merasmikan Hari Peneroka 2011 dan menyampaikan beberapa anugerah, PM akan ke UiTM Jengka pula pada sebelah tengahari.


Berikut adalah aturacara untuk sambutan Hari Peneroka 2011 esok:


9.00 Ketibaan Dif-dif Jemputan
9.30 Ketibaan Perdana Menteri
Negaraku dan Doa
Ucapan Ketua Peneroka
Ucapan Menteri Besar Pahang
Ucapan dan Perasmian oleh Perdana Menteri
Pelancaran Hari Peneroka 2011
Pengisytiharan Bandar Jengka Tun Abdul Razak
Penyampaian Anugerah Sekolah Bestari
Penyampaian Anugerah Usahawan FELDA
Penyampaian Pingat Khidmat Bakti
Pelancaran ‘Guarded Community’
Penyampaian Anugerah Keceriaan Kampung FELDA 2011
Sidang Media
Jamuan Tengahari
1.30 Bersurai

Tuesday, July 5, 2011

PM turun Jengka 7 Julai buat pengumuman penting


Saya dapat tahu pada 7 Julai ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan turun ke Bandar Jengka, Pahang untuk melancarkan sambutan Hari Peneroka 2011. Khabarnya dia juga akan buat pengumuman penting. 

Rasa-rasanya Perdana Menteri nak bagi ole-ole yang pasti menggembirakan golongan peneroka di situ. Apa agaknya ya? Nampak gaya, saya kena turunlah ke Stadium Mini Jengka. Yang pasti, apa yang saya lihat, Bandar Jengka sudah dihiasi indah. Kain rentang dan bunting dengan gambar Perdana Menteri sudah kelihatan di merata tempat. 

Turut terpampang di kain rentang di sekitar Bandar Jengka ialah tema hari peneroka kali ini, iaitu "Melestarikan Kesejahteraan Peneroka". Mak oi, panjangnya tema dan berbelit lidah nak menyebut!


Selain kedatangan Perdana Menteri, macam-macam acara disediakan baik untuk orang tua mahupun orang muda dari pagi sampai malam. Khabarnya lebih dari 10,000 peneroka dari seluruh Pahang akan memenuhi bandar itu. Saya dapat tahu mungkin RTM akan buat siaran langsung.


Yang pasti bandar Jengka pada 7 Julai ini pasti penuh sesak bukan saja dengan orang Pahang, tetapi juga orang luar. Asalkan mereka datang bukan untuk buat demo, sudah! Kepada  FELDA, selamat menyambut ulangtahun ke-55!