Friday, August 31, 2012

Pereka Bendera Ganti Jalur Gemilang Dikenalpasti


Pereka corak bendera yang dikibar oleh puak pembangkang di Dataran Merdeka sudah dikenalpasti. Tengok sendiri SINI.

Alasan rekabentuk bendera yang dicadangkan beliau tidak kukuh, untuk dijadikan landasan untuk merubah bendera Malaysia sedia ada. 

Bagi Perisik, rekabentuk perlulah memberi makna yang jelas serta konkrit bukan mengatakan sebab Indonesia dan Singapore menggunakan pilihan bentuk dan warna serupa. Adakah perlu kita ikut sama? 

Mengatakan bahawa bendera Malaysia adalah adaptasi dari bendera Amerika adalah tidak tepat sama sekali, kerana penghasilan Bendera Jalur Gemilang ini telah melalui beberapa proses di peringkat Jemaah Menteri dan Jawatankuasa Khas yang majoritinya adalah orang Melayu.

Jawatankuasa khas telah mengadakan pertandingan merekabentuk bendera dan sebanyak 373 corak bendera telah diterima untuk dipertimbangkan.

Dari jumlah besar itu hanya 3 corak bendera disenarai pendekkan

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.
Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam 2 bulatang mengelilingi keris bersilang

Reka bentuk ketiga ialah jalur 11 biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri

Akhirnya rekaan ketiga ciptaan anak melayu, Mohamed Bin Hamza terpilih dan pemilihan tersebut telah mendapat perkenan Masjlis Raja-raja. Selepas itu warna bintang dan bulan di ubah kepada warna kuning atas cadangan Sultan kedah dan persetujuan Majlis Raja-raja. Maklumat terperinci BACA SINI

Nama bendera juga telah melalui proses pemilihan diperingkat Jemaah menteri dan Jawatankuasa. Sebanyak 103 nama cadangan telah dikemukakan dan akhirnya nama "Jalur Gemilang" dipilih. BACA SINI

Jelas disini, proses pemilihan nama dan corak bendera negara bukanlah dengan hentam kromo jer. Ia telah melalui proses perbincangan dan saringan berdasarkan alasan konkrit makna pemilihan warna, bintang, bulan sabit dan jalur oleh pereka.

Untuk maklumat pembaca, terdapat beberapa negara di dunia ini yang kebetulan mempunyai corak serta warna yang seakan serupa. Tidak bererti yang negara tersebut meniru rekabentuk antara satu sama lain. 

Lihat sendiri gambar di bawah:

Sama Tapi Tak Serupalah Kawan

Persamaan ini hanyalah kebetulan sahaja. Apa yang penting adalah makna corak, warna, bulan sabit, bintang dan jalurnya. Kerana ia perlu jelas melambangkan dasar, wawasan dan nilai yang bersesuaian dengan komuniti sesebuah negara.

Masalah sebenarnya adalah jati diri rakyat Malaysia sendiri yang semakin lama kian terhakis.  Lihat sahaja anak muda kita sekarang yang lebih bersemangat bersosial bebas, menerima mudah budaya luar (k-pop, indon-pop), tidak ambil kisah sejarah negara dan lain-lain.

Inilah antara sebab-sebab mengapa rakyat Malaysia, k
urang ghairah mengibarkan bendera bukan kerana rekabentuk bendera tersebut. Sekian!



Bendera Malaysia Di Liwat


Negara & Bendera Ku Cintai
Begitulah pemikiran pakatan pembangkang serta konco-konconya dalam membuat kecoh di Dataran Merdeka awal pagi tadi. 

Semua perkara hendak dipolitikkan, dari pendidikan, air bersih untuk rakyat, Felda, akidah umat Islam dan sekarang Bendera Malaysia. 

Minda sundal pendemo semalam dengan bangga membawa bendera yang mereka namakan "Sang Saka Malaya" untuk menggantikan "Jalur Gemilang". Begitulah jijiknya mereka sehingga sanggup berpolitik ke tahap sampah begini. 


Sang "PETAKA" Malaya

Bendera bawaan mereka lebih mirip kepada bendera Singapura yang selama ini menjadi kiblat DAP yang merupakan serpihan parti PAP yang memerintah pulau itu sekarang. 

Semua tahu yang Parti inilah yang menjadi penyebab konflik dan pergaduhan kaum 13 Mei di Tanah Melayu. Ini fakta!

Untuk mengukuhkan kaitannya, modus operandi mempolitikkan bendera keramat rakyat sudah bermula sejak September 2011 lepas. Di mana ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan telah mengeluarkan beberapa kenyataan biadap di dalam laman sosialnya seperti gambar di bawah. 

Pss..Manoharan ni dari parti DAP beb.
DAP Pengkhianat Rakyat

Ekoran dari kenyataan itu, seluruh rakyat Malaysia mengencam dan mengutuk tindakan ADUN DAP mempolitikkan bendera kebanggaan rakyat. Mainan politik ini telah membuatkan populariti pakatan merundum sehingga memaksa ADUN DAP mengeluarkan kenyataan media memohon maaf kepada rakyat.


Parti Melacurkan Bendera

Setelah hampir setahun, kenyataan maaf yang mereka buat dulu rupanya sekadar retorik apabila mereka sekali lagi mempolitikkan bendera Malaysia malam tadi. 

Jelas menunjukkan yang mereka sudah ada perancangan awal untuk menggantikan bendera Malaysia!!! Ini juga bermakna rekabentuk bendera ini sudah dihasilkan lebih awal dari kita sangkakan. 

Rakyat sudah dapat menilai sendiri! Bahawa pembangkang lebih banyak bermain-main dari membuat kerja. Menjanjikan bulan dan bintang meracuni hati pemikiran rakyat semata-mata untuk menang. Tapi gagal melaksanakan janji-janji mereka. 

Pembangkang patut ubah slogan kepada "Janji DiLIWATI" kerana bersesuaian dengan gerakan mereka yang gemar meliwat minda rakyat untuk meraih undi. Mereka tidak mampu "Tunai"kan janji-janji itu kerana hanya mampu mem"Punai"kan dengan skandal seks sana sini.

Bendera Malaysia Diperlekeh Rakyat Bangkit Menentang


Terkinja-kinja gerombolan berSHit "janji demoKERAsi " di Dataran Merdeka sekarang. Gerakan yang membawa menifesto basi bagi membuat kecoh seperti Kera kena belacan. Sebelum ini sibuk dengan isu pilihanraya adil.

Sekarang  berhimpun seperti timbunan ketul-ketul najis bertempek kuning di Dataran.  Kononya nak sambut merdeka. Ptuii!

Rakyat jelata yang terdiri dari orang awam yang sedang seronok berkumpul sesama rakan dan keluarga di Dataran Merdeka terganggu serta terancam dengan kehadiran gerombolan kera kuning ini. 

Mereka yang berkeluarga bertindak membawa anak-anak mereka keluar dari dataran bagi mengelakkan dari keganasan pendemo.

Para Bershit menggunakan taktik kotor dengan membawa kanak-kanak, orang tua dan OKU dalam perhimpunan mereka. 

Tidak cukup dengan itu, mereka bertindak biadap! menghina bendera kebanggaan Rakyat Malaysia "Jalur Gemilang" dengan menyebarkan risalah bagi menggantikan bendera tersebut. WTF! 


Makhluk Perosak Negara! Kasi Tangkap

Rakyat jelata sedia maklum dengan perubahan pola politik negara dimana pembangkang semakin lancang membangkitkan isu-isu 3 suku bagi meraih sokongan. 

Mengapa 3 suku? kerana rata-rata menifesto dan isu yang mereka bangkitkan hanya berdasarkan cakap kosong serta isu yang auta semata-mata. 

Contohnya janji-janji PRU lepas. Hanya kekal sebagai kata-kata jenaka di atas pentas dan di dalam risalah sebaran mereka. Setelah 4 tahun berkuasa di 4 negeri, mereka masih gagal melaksanakan separuh janji-janji mereka.

Cerita auta sebaran mereka seperti baru ini kematian penjenayah ditembak Polis. PDRM pula dipersalahkan bagi menjaga keamanan negara. Si penjenayah pula diangkat sebagai hero dokongan mereka. 


Mereka jelas sudah kehabisan peluru dan perhimpunan ini akan dijadikan landasan untuk mencipta isu baru. Lepas ini pasti kedengaran lalakan mereka menuduh PDRM serta kerajaan bertindak zalim terhadap para bershit. 

Menghebahkan lakonan yang mereka dipukul sehingga cedera parah. Menggunakan  kanak-kanak dan OKU bagi meraih simpati murahan rakyat. 

Tapi mereka lupa bahawa taktik ini sudah basi dan rakyat sudah bosan kerana rakyat sudah tahu bahawa arahan larangan berhimpun sudah dikeluarkan sejak awal lagi. Tapi mereka masih berdegil. Jadi apakah ini salah Polis? atau Para Bershit yang cari masalah? Sendiri fikir!!


Rakyat yang berbilang kaum yang hidup harmoni di bandar, desa dan peneroka Felda sudah muak dengan political game sampah bawaan pembangkang yang menunggang NGO bershit ke sana ke mari.

Memperlekehkan Bendera Malaysia, Simbol keramat kebanggaan rakyat negara ini adalah melampaui batas tidak kira samaada dari NGO atau parti politik.


Kerja Gila Pembangkang!!!

Mungkin selepas ini mereka akan berkata bahawa mereka tidak tahu menahu mengenai peserta demo yang membawa bendera merah, kuning, putih ini. Alasan untuk lepas diri di mana rakyat sudah masak dengan permainan jijik ini.

PRU-13 nanti! Rakyat Pasti Tolak Pakatan Pembangkang! kerana menghina bendera keramat kita! Jalur Gemilang!!

Pss: Lagi sekali perhimpunan kera kuning ini yang sebahagian besarnya adalah Cina. Apa kes??!!!

Gambar2: KLPOS, Gelombang Rakyat & Sungai Rapat

Saturday, August 18, 2012

Perisik: Selamat Hari Raya


Selamat hari raya diucapkan kepada para pembaca Perisik Rimba khususnya rakyat Malaysia yang beragama Islam. 

Salam aidilfitri - maaf zahir dan batin.

Friday, August 17, 2012

Sarkas Di Pengerang Esok


Macam-macam hal wal tentera berkudis import ni. Sebelum ni dah buat kecoh di Gebeng, Pahang pasal isu Lynas. Sekarang ada pula usaha nak kacau periuk nasi rakyat Pengerang dengan mengadakan demo ala Sarkas ibnu Fun Fair di sana tentang isu RAPID.

Datang buat kecoh terkinja-kinja, lepas tu blah meninggalkan sampah sarapnya untuk tatapan penduduk Pengerang. 

Perisik telah terima maklumat minggu sudah mengenai gerakan untuk mengadakan demo di sana esok 18 Ogos. Perkara ini disahkan oleh rakan-rakan perisik di sana.

Kebetulan pulak kerajaan bagi cuti awal hari ni 17 Ogos untuk memudahkan rakyat jelata merancang balik kampung beraya. Mereka ini sibuk membuat persiapan untuk berdemo.

Rupanya peluang cuti yang diberikan oleh kerajaan ini lah digunakan oleh mereka untuk menghimpunkan lebih ramai pendemo import.

Katanya yang datang nanti adalah NGO bebas?! Tapi apahal libatkan parti politik? 
Dipercayai beberapa ahli politik pembangkang akan menjadi pengacau esok. 

Majoriti yang nak demo pulak sarkas import yang ingin membantah projek RAPID dan juga isu harga tanah.

Projek yang akan membawa masuk pelaburan sebanyak RM120 billion ke Pengerang. 

Jumlah pelaburan yang berlipat kali ganda lebih besar berbanding Lynas yang membawa masuk pelaburan RM2 billion di Gebeng.

Apa-apa pun sama-sama kita tonton hiburan malam raya besok di Pengerang. Tajuk "Sarkas In -pengerang- Town"


Pss..lagi sekali yang datang ramai Cina beb..cam haram dorang ni


Friday, August 10, 2012

Peserta Ternakan Ikan Sangkar Di Kelentong



Lebur segala usaha 195 peserta ternakan ikan sangkar di Pengerang, Johor apabila sebuah syarikat swasta yang menguruskan projek tersebut menghentikan operasinya. 

Perkara tersebut disahkan oleh syarikat terbabit melalui surat kepada peserta.

Macam ni punya syarikat pun ada ke? Masa mula bisnes, mencanang satu kampung ajak labur duit dalam projek, cerita gegar-gegar boleh buat untung besar. Dah tu, mereka yang tak mampu diajar pulak buat pinjaman. 

Paling lakhanat, semua duit pinjaman tu syarikat rembat. Kononnya buat modal nak mula projek ternakan. 

Macam manalah Syarikat yang diuruskan oleh mereka bergelar DATUK ni buat bisnes?  Takkan bisnes air liur, goyang kaki dan kira duit. 

Baik punya pancing, cakap pulak boleh bagi duit dividen tetap sebulan RM400. Modus operandi ni memang berlambak syarikat pertanian kontrak (contract farming) buat. 

Syarikat mungkin merasakan boleh terlepas sebab menjalankan operasi mengikut kontrak. Ikut kontrak tang mana? Tu yang bayar tiap-tiap bulan RM400 sejak 2007 sehinggalah Jun 2012.

Kiraan kasar lebih kurang RM24,000 dividen telah di bayar kepada peserta. 

Lagi baki pinjaman bank tu letak mana? Masuk perut ikan ker?

Sekarang pinjaman bank 195 peserta, siapa nak bayar? Buat pinjaman RM50,000 guna nama peserta, duit syarikat ambil, lepas tu cakap projek gagal. 


Peserta yang menjadi mangsa akhirnya bertindak menghantar memorandum pembelaan kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina.

Syarikat lepas tangan, peserta pulak kena tanggung baki pinjaman RM26,000 tu. Baki pinjaman tu, belum termasuk kadar faedah tahunan. 

Bank pun satu hal!! Macam mana lah mudah sangat luluskan pinjaman kepada 195 orang ni? 

Rata-rata peserta adalah dikalangan orang kampung dan nelayan. Apa kelayakan mereka? Apa jaminan mereka? Apa cagaran mereka?

Datuk S Azalina dalam wawancara bersama wartawan turut mempersoalkan tindakan bank, bagaimana boleh begitu mudah meluluskan pinjaman kepada para peserta?

Kalau kita nak buat pinjaman kereta 2nd hand RM20,000 pun, dah kena soal banyak. Inikan RM50,000! 

BANK NEGARA TOLONG SIASAT!! Apa kiteria dan prosedur yang digunakan oleh "bank....." bagi meluluskan pinjaman 195 peserta ini. Sebab jumlah pinjaman terkumpul bukannya sedikit - RM9.75 juta!! 

Takkan Bank pun kena kelentong dengan syarikat swasta ni?  

Orang ramai pula diingatkan supaya lebih berhati-hati dengan menyiasat latar belakang syarikat atau menggunakan khidmat peguam supaya tidak dikelentong hidup-hidup oleh golongan parasit yang ingin menyedut duit rakyat.

Bila ditunjukkan kontrak untuk berniaga, JANGAN terus tandatangan! Bawa balik dan baca berulang-ulang kali. Fahamkan isi kontrak tersebut.

Ini hak anda! Syarikat tidak boleh menghalang kita membawa balik kontrak untuk diteliti sebelum bersetuju untuk melabur. Kalau mereka tak bagi, memang sah NAK MENIPU.




Wednesday, August 8, 2012

Wajah Rakyat Malaysia Diculik Lanun Nigeria Dikenalpasti




Sebelum ini perisik menerima info tentang warga Malaysia yang bernama George Lipih yang diculik oleh Lanun Nigeria di Teluk Guinea. Turut diculik adalah warga Indonesia, Thailand dan Iran.

Masalahnya sekarang insiden penculikan tersebut berlaku pada 4 Ogos lalu. Tapi sehingga hari ini tiada perkembangan terkini mengenai keadaan mangsa yang di tawan. Motif penculikan juga belum diketahui. BACA SINI

Difahamkan, ahli keluarga mangsa sudah pun melaporkan perkara ini kepada konsulat Malaysia tapi APA SUDAH JADI?!! 

Sebelum ini laporan berita antarabangsa melaporkan dua orang kelasi warga Nigeria telah di bunuh. 

Hal warga Palesitn dan Rohingya  yang tertindas kita melaungkan pembelaan. Tapi bagaimana dengan anak Sarawak ini yang telah ditawan. 

Sudah empat hari tapi seolah-olah dipandang sepi oleh kerajaan Malaysia. Rakyat Malaysia khususnya ahli keluarga mangsa berharap tindakan segera diambil bagi menyelamatkan warga kita ini.



PANAS: Rakyat Malaysia Kena Culik Di Nigeria!


Warga Malaysia diculik di Teluk Guinea berhampiran perairan Nigeria. Mangsa dikenali sebagai George Lipih Anak Amboh dipercayai dari Sarawak telah diculik setelah kapal tempat beliau bekerja, Sea Trucks Group diserang oleh Lanun Nigeria yang lengkap bersenjata.

Lanun Nigeria terbabit telah menyerang pada waktu pagi 4 Ogos lalu dan membunuh dua kelasi kapal warga Nigeria.

Kami difahamkan, George Lipih telah diculik bersama warganegara lain dari Indonesia, Iran dan Thailand.

Paling haru, perkembangan dan nasib mangsa yang diculik sejak sabtu lalu masih tidak diketahui sehingga hari ini. BACA SINI dan SINI

Harap kerajaan Malaysia ambil tindakan bagi menyelamatkan warga Malaysia yang menjadi mangsa penculikan.

Insiden penculikan dan serangan lanun ini bukan perkara baru. Sebelum ini pernah berlaku di perairan Somalia. Dengar Kerajaan Malaysia hantar Komando terus terkencing lanun-lanun tu. BACA SINI

Harap kerajaan boleh guna taktikal serupa dalam misi menyelamat ini.