Thursday, October 31, 2013

Hadi Awang Dimalukan Pas Kedah


Program Tok Guru masuk bendang sepatutnya menjadi plot permainan politik Pas bagi menimbulkan persepsi dikalangan rakyat kononnya Hadi Awang menyelami cara hidup masyarakat setempat.

Gambaran ini juga ingin dijadikan senjata buat Pas untuk memberitahu masyarakat yang pemimpin UMNO sendiri tak sanggup berlumpur atau tidak menjiwai rakyat Sg Limau.

Potong 'Anu' Sendiri Sebab Kecewa Tak Dapat Awek?


Kecewa tak bertempat! Kalau di buang 'benda tu lagilah awek tak mau! Apa punya dol lah!  Kisah ini berlaku di China, seorang lelaki Yang Hu, 26, nekad memotong zakarnya kerana tak mempunyai teman wanita. 

Selepas di potong baru dia tersedar yang dirinya dah buat keje bengong, kelam kabutlah dia ke hospital dengan berbasikal tanpa anunya buat pertama kali bagi mendapatkan bantuan.

Bayar Tambang Teksi Guna Kad Kredit

 

Jangan salah faham! Bukanlah tujuan untuk menggalakkan rakyat supaya berhutang. Cuma apa yang ingin diwarwarkan adalah teksi di Malaysia ini sudah mempunyai medium pembayaran tambahan baharu iaitu menggunakan kad kredit atau debit.

Lumrahnya di Malaysia ini segala tambang perkhidmatan teksi dibayar secara tunai. Kini dengan pelancaran TEKS1M baru-baru ini, pengguna sudah boleh membayar dengan kad plastik jika mahu.

Lori Lebih Muatan DiDenda 500,000!


Kedegilan para pemandu lori yang membawa lebih muatan telah mengakibatkan kerosakan jalan raya yang teruk sehingga membahayakan pengguna terutama pembonceng motosikal di negara kita.

Perkara ini semakin kerap berlaku di laluan kawasan perumahan Puchong menghala ke Putra Perdana sehingga ke Cyberjaya. Di mana penduduk sekitar rata-ratanya sudah bosan dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab pemandu lori ini.

Wednesday, October 30, 2013

Bajet 2014: Pengangkutan Awam Terus Diperkukuh


Seperti sebelum ini, pengukuhan jaringan pengangkutan awam tidak pernah terlepas  dari menjadi sebahagian bajet tahunan Malaysia. Ini kerana kerja-kerja meningkatkan infrastruktur dan penambahbaikan pengangkutan awam merupakan satu usaha yang berterusan demi kesejahteraan rakyat.

Di dalam Bajet 2014 yang telah dibentangkan oleh YAB PM, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas, telah mengumumkan enam peruntukan berkaitan pengangkutan awam yang berjumlah lebih RM3.086 billion. 

Hairie Menangis Tak Berlagu


Semakin ramai artis dan juga individu yang sebelum ni diangkat melangit oleh puak-puak pembangkang di setiap kempen pilihanraya terus tersisih. Dah dapat madu sepah di buang. Perguna 'populariti' individu tersebut lepas tak laku di buang begitu sahaja. 

Sebabnya individu tersebut sudah tidak lagi sesuai dijadikan "alat" untuk kempen memancing undi. Begitulah terjadi kepada Hairie yang sudah dipakai oleh PAS untuk kempen-kempen beberapa PRK sebelum ini. 

Pembangkang Sokong GST!!


Pembangkang akhir-akhir ni tidak henti-henti berkokok tentang GST yang kononnya menyusahkan rakyat negara ini. Tetapi apa yang pasti GST ini hanya akan lebih menyusahkan pembangkang sendiri kerana perlaksanaan GST ini dijangka akan membantu mengurangkan harga banyak produk barangan dan perkhidmatan dalam negara.

Sekali gus memberi kesenangan kepada rakyat dan menarik kemasukan para pelabur. Jika semua ini berlaku, sokongan rakyat kepada kerajaan akan terus meningkat dan ini telah menimbulkan keresahan kepada pembangkang. 

SPAD: Kadar Tambang Teksi Perlu Disemak Semula!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mula melakukan semakan semula tambang perkhidmatan teksi bagi memastikan kepentingan pengusaha dan pengguna terpelihara.

Ini penting bagi memastikan pengusaha teksi tidak terbeban dengan kadar yang tidak sebanding dengan kos operasi masa kini. Manakala pengguna juga tidak terbeban dengan kadar yang terlalu tinggi.

PAS suka "BUAH" yang Gebu Gebu


Orang kuat PAS sendiri yang cakap! Katanya ada juga orang PAS suka pergi ke Thailand satu hari sampai tiga kali untuk tengok "buah"! Kalau dilihat pada latar belakang tuan punya badan yang berkata tu pun boleh tahan dengan insiden ditangkap khalwat menghantar ubat di sebuah hotel di Kelantan. Siapakah dia?

Infografik Menarik MRT Malaysia!


Rasanya ramai rakyat tak sabar menantikan siapnya projek MRT ni. Walaupun masih dalam pembinaan sudah bermacam-macam limpahan ekonomi bercambah di kawasan yang dirancang berada dalam jajaran Transit Aliran Massa (MRT) ini. 

Kerana kewujudan projek MRT ini turut memberi tempias kepada kemajuan dan pembangunan infrastruktur lain di sekitarnya. Walaupun projek ini dijangka siap pada Disember 2016, pembangunan di sepanjang laluannya amat drastik sekali.

Tuesday, October 29, 2013

Pas Sebar Auta!! Muhyiddin Pulak Pi Minta Maaf !?


Punyalah berjiwa rakyat TPM kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tak buat salah pun minta maaf secara terbuka. Ini berikutan kenyataan beliau tempoh hari yang menyentuh mengenai pemansuhan subsidi gula, penyakit kencing manis dan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Kenyataan beliau tersebut telah membuatkan puak Pas meroyan yang sedang terdesak mencari peluang untuk mencari silap kerajaan. Jadi kenyataan TPM ini menjadi alasan bangang pembangkang untuk dipolitikkan bagi mengelirukan rakyat. 

Sunday, October 27, 2013

PAS terus lacur maruah aniaya orang lumpuh pula!


Sebelum ini kita telah didedahkan oleh kejelikan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat yang menipu pengundi Sungai Limau bahawa dia ada pertalian keluarga dengan bekas Menteri Besar Kedah, arwah Azizan.

Tidak cukup dengan mengambil kesempatan ke atas orang yang telah meninggal dunia. Pas terus melacur maruah dengan mempermainkan dan menganiaya orang lumpuh pula.

Friday, October 25, 2013

Orang Luar Bikin Kecoh Di Terminal Amanjaya


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mempersoalkan motif disebalik kenyataan dan protes sumbang oleh individu yang dipercayai orang luar dalam isu penempatan semula syarikat pengusaha bas ke Terminal Amanjaya, Ipoh, Perak.

Menurut sumber, protes terbabit diketuai oleh pengacau  orang luar, dikenali Faizal Mustafa yang mengaku sebagai pengendali bas. 

"Calon PAS..Terima Kasih Kerana KENCING Kami"


Begitulah ucapan sinis yang dapat diluahkan oleh para pengundi Sg Limau setelah ditipu hidup-hidup oleh Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat. Para pengundi dapat melihat dan menilai sendiri bagaimana taksubnya PAS dalam mengejar kekuasaan.

Ramai pengundi terkejut apabila mengetahui Mohd Azam ini tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak seperti yang dicanang PAS. Lihat! tergamak mereka mempergunakan dan menjaja nama orang yang telah meninggal dunia demi kepentingan peribadi.

Sekitar Sg Limau Yang MemBIRU


Dah lima penggal Sg Limau kelihatan menghijau. Tetapi yang hijau hanyalah pada bendera parti sahaja. Kerana kerajaan bulan yang memerintah sebelum ini sudah menarah habis hutan simpan dek terliurkan duit balak.

Lima penggal terlalu lama untuk pengundi Sg Limau dibiarkan terus sengsara di bawah langau hijau. Nampaknya ramai pengundi memasang hajat menyahut seruan YAB Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir iaitu "Berani HIJRAH". 

Thursday, October 24, 2013

Pengangkutan Awam Medium Pengangkutan Utama Kakitangan SPAD !


Bila sudah menjadi sebuah badan yang menjaga hal ehwal pengangkutan awam. Menjadi satu kewajipan bagi para kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan contoh terbaik kepada orang ramai.

Ya lah, SPAD digambarkan sebagai sebuah organisasi yang bergitu hebat komited dalam memastikan pembentukan dasar serta penguatkuasaan undang-undang pengangkutan awam dilaksana dan berada pada tempatnya. 

5 juta Rakyat Malaysia terlibat rasuah?!!


Relaks tak payah dok kalut! Lima peratus jer beb!! Itu dia angka sebenar rakyat Malaysia yang terlibat dalam gejala rasuah. Ingatkan lima juta. Ya lah sebab pembangkang riuh macam dunia nak terbalik pasal rasuah kat Malaysia ni teruk.

Sedangkan hanya lima peratus sahaja rakyat yang terlibat! Dah memang perangai pembangkang. Janji benda boleh dipolitikkan tak kira angkanya kecil ke atau minoriti. Main sembur memperbodohkan rakyat.

Adakah Pengundi Sg Limau Berani HIJRAH ??!!


Bila jentera Wanita UMNO dengan slogan Berani Berubah. Mukhriz Mahathir pula tampil dengan slogan "BERANI HIJRAH". Soalnya sekarang adakah para pengundi Sg Limau mempunyai keberanian serupa dengan majoriti para pengundi Kedah yang menolak PAS pada PRU 13.

Pengundi KEDAH tidak sanggup lagi menerima PAS dengan dibarisi pemimpin fitnah seperti Mahfuz Omar dan Mat Syabu. Lihat sahaja baru-baru ini, belum sempat hari penamaan calon, Mahfuz dah buat pasal dengan selamba memfitnah Mukhriz mengugut pengundi Sg Limau? 

1.7 Juta Rakyat Malaysia Merempat!!


Fuh..tengok tajuk memang nampak macam kesian jer orang Malaysia ni. Negara dah merdeka lebih 56 tahun dan pendapatan negara pun dan meningkat dari berpendapatan rendah ke arah pendapatan sederhana tinggi. Tapi masih ramai lagi rakyat tak ada rumah di Malaysia!

Dari laporan yang diterima, seramai 1.7 juta isi rumah tidak memiliki kediaman sendiri di Malaysia. Jadi bukan lah merempat! Mungkin ada yang duduk menyewa atau tumpang di rumah mertua. Majoriti rakyat Malaysia yang tidak memiliki rumah sendiri jatuh dalam dua kategori ni.

Rompak & Bunuh!! Pengawal Bank DIBURU!


Kita dikejutkan dengan berita rompak dan bunuh yang dilakukan oleh seorang pengawal di sebuah bank di USJ, Selangor. Suspek yang bersenjatakan 'pump-gun' telah melepaskan tembakan sekaligus meragut nyawa salah seorang kakitangan bank terbabit.

Kejadian berlaku kira-kira 6.15 petang semalam di mana tiga pekerja bank diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal. Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, suspek berusia 37 tahun melepaskan tembakan ketika kakitangan sedang membuka pintu besi bank.

Penggunaan Pengangkutan Awam Masih Rendah


Pelbagai transformasi perkhidmatan bas, teksi dan rel telah diusahakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 3 Jun 2010. 

Langkah transformasi ini juga adalah bagi memperbaiki mutu perkhidmatan awam di negara ini yang sering mendapat reaksi negatif dikalangan pengguna dalam dan luar negara. 

Wednesday, October 23, 2013

Brunei Laksana Hudud!


Brunei akan mula melaksanakan hukum hudud secara berperingkat-peringkat. Cuma disini cara perlaksanaannya belum dapat perisik perincikan. Memanglah perlaksanaan akan berlandaskan hukum Islam yang sudah ternyata jelas dalam Al-Quran dan Sunnah.

Perkara yang harus kita teliti adakah hukum ini turut akan terlaksana kepada bukan Islam! Tapi apa yang pasti jika Brunei melalui pemerintahnya Sultan Hassanal Bolkiah telah mengumumkan secara rasmi mengenai perlaksanaan hukum hudud ini di negara terbabit.

Monday, October 21, 2013

Dr Suhaimi Lazim Calon BN Dun Sungai Limau


Tak buang masa, jentera Barisan Nasional telah bersiap sedia menghadapi PRK Sungai Limau setelah penyandangnya Tan Sri Azizan meninggal dunia bulan lalu. UMNO telah memutuskan untuk mengetengahkan calon muka baru iaitu Pensyarah Senior Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Suhaimi Lazim bagi merebut kerusi N20 DUN Sungai Limau.

Pengumuman calon yang berasal dari Kampung Titi Batu, Sungai Limau itu telah dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan Pusat berdekatan Bernas Sungai Lentang petang tadi. 

Hanya Dua Suara Wanita Dalam MT!


Hujan rahmat membasahi perkarangan PWTC petang semalam ketika Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Tajol Rosli mengumumkan keputusan Pemilihan Agung UMNO bagi penggal 2013-2016. 

Keputusan menyaksikan hanya dua wanita sahaja yang berjaya menempatkan diri ke jawatan Ahli Majlis Tertinggi. Dua calon ini adalah Datuk Seri Azalina Othman dan Datuk Rosnah Shirlin yang mana kedua-duanya merupakan bekas Ketua sayap Puteri UMNO.

Tahniah Kepada Yang Terpilih


Berakhir sudah proses pemilihan pucuk pimpinan UMNO di peringkat Bahagian, Ahli Majlis Tertinggi dan Naib Presiden. Keputusan rasmi yang diumumkan oleh Pengerusi  Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Tajol Rosli lewat petang semalam telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan perwakilan dan rakan media.

Tumpuan utama diberikan kepada persaingan dalam jawatan MT dan Naib Presiden. Keputusan MT rata-rata diterima dengan baik oleh orang ramai. Namun terdengar suara terkucil segelintir yang tidak menyambut baik keputusan jawatan Naib Presiden.

Saturday, October 19, 2013

Saingan Sengit Naib Presiden!


Dari keputusan setakat ini kelihatan keududkan Zahid dan Shafie Apdal hampir pasti kekal menerajui kerusi Naib Presiden UMNO. Menariknya sekarang adalah persaingan sengit diantara Hishamudin dan Mukhriz yang tidak jauh beza antara satu sama lain.

Berikut adalah keputusan VP sehingga jam 6 petang:

Anak Siapalah Yang Songlap Tabung Masjid ni?


Apa yang pasti jangan disalahkan ibu mengandung. Susuk tubuh sipelaku ni pun besar bagak dan akil baligh kot. Sepatutnya dah cukup paham yang mencuri ni salah di sisi agama dan undang-undang. 

Kalau dilihatkan pada aksi, kaki dan tangannya semua cukup sifat tapi disalahguna untuk lakukan jenayah. Bengongnya dicopetnya duit sebuah masjid di Shah Alam yang sama selama berbulan-bulan.

Azalina Menang Ketua Bahagian!


Bermula dari sesi mesyuarat Bahagian pada awal pagi dan seterusnya berlangsung sesi pemilihan calon untuk diangkat menduduki kerusi pimpinan tertinggi seperti Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian.

Persaingan empat penjuru jawatan Ketua Bahagian Pengerang sekali lagi menyaksikan Datuk Seri Azalina Othman dipilih oleh para perwakilan Pengerang sebagai Ketua Bahagian bagi kali kedua. 

Friday, October 18, 2013

Azalina Mampu Imbangi Suara Wanita!


Kak Ijat sendiri pun dah bersuara akan memberi sokongan kepada Azalina untuk kerusi Majlis Tertinggi. Jadi tak perlulah para perwakilan terutamanya dari kaum wanita nak merasa ragu-ragu lagi. Pilihlah calon 36! 

Azalina Tinggalkan Parut Buat Pembangkang


Track rekod Datuk Sri Azalina Othman selaku Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Pengerang tidak harus dipertikaikan lagi. Penzahiran tugasan beliau dalam memperjuangkan hak rakyat serta merealisasikan aspirasi parti ke peringkat nasional bukan sesuatu yang asing bagi rakan dan lawan di arena politik. 

Rakyat Malaysia sendiri menjadi saksi akan kelantangan beliau mempertahankan hak  orang melayu di Pengerang supaya dapat mengecapi kemajuan dengan kemasukan projek RAPID. 

Saturday, October 12, 2013

Letakkan Rakyat Melebihi Politik


DS Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang mengingatkan sahabat-sahabat dalam parti mengenai keutamaan dalam melaksanakan tugasan sebagai pemimpin. Kata-kata beliau ini adalah diucapkan ketika membahaskan usul yang dititahkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong.


"Rakyat itu akar, Pemerintah itu pohon"

Thursday, October 10, 2013

Keputusan Kalimah Allah Isnin Ini!


Beberapa siri perbicaraan mengenai isu Kalimah Allah telah perisik ikuti di Istana Kehakiman Putrajaya bulan sudah. Isnin depan merupakan hari keputusan sama ada kesucian Kalimah ini akan terus terpelihara daripada menjadi mainan agama lain. 

Berpuluh peguam yang mewakili beberapa negeri tampil membentangkan hujah masing-masing bagi menghalang usaha anasir kristian yang sedaya upaya ingin menggunakan kalimah ini di dalam makalah mereka. 

Monday, October 7, 2013

Perjuangkan Kaum Wanita & Ibu Tunggal


Disenangi kawan, disayangi rakyat! Kemesraan dan keramahan tokoh agamawan Dato Dr Mashitah Ibrahim tidak dapat dinafikan lagi tiap kali berpeluang turun membantu rakyat terutamanya kaum wanita seluruh negara.

Beliau tidak pernah lekang dalam melindungi kebajikan ibu tunggal yang dilihat tersisih dalam mengecapi kestabilan hidup bagi menjaga keluarga tanpa kehadiran si suami. 

Menang PRU14 Sokongan Rakyat atau Parti Penting?


Kata-kata Datuk Sri Azalina ini merupakan madah yang harus direnungi oleh rakan dan sahabat dalam parti demi mengekalkan kelangsungan UMNO dan Barisan Nasional untuk kekal sebagai kerajaan.

Pada pandangan perisik ahli politik UMNO ketika ini dilihat memfokuskan kepada kepentingan sokongan dalaman parti semata-mata. Sehingga terlepas pandang apa pendapat rakyat yang mempunyai mandat untuk memilih di pilihanraya nanti. 

Bersama Mashitah Ibrahim Calon 19@Exco Wanita UMNO



Kenali Calon 19 @Exco Wanita UMNO, Dato Dr Mashitah Ibrahim dengan lebih dekat. Tokoh Agamawan yang seharusnya dipilih untuk berada di dalam saf kepimpinan sayap pergerakan Wanita UMNO bagi menjadi pemangkin kepada kestabilan parti. 

Sunday, October 6, 2013

Agamawan Pemangkin Kestabilan Umno


Setelah lebih 67 tahun! Umno telah terbukti mampu membariskan pemimpin ulung dengan kebolehan serta pelbagai latar belakang hebat individunya dalam memacu pergerakan parti. 

Kepelbagaian profil dan kebolehan individu dalam barisan kepimpinan organisasi memang perlu wujud bagi memastikan keseimbangan roh dan jiwa sebuah parti seperti Umno tu sendiri. Ia bertindak sebagai check & balance antara satu sama lain dalam menentukan hala tuju parti.