Sunday, March 23, 2014

Mei Fun Sedia Berkhidmat 24 Jam!


Begitulah komitednya calon BN N25 Kajang, Chew Mei Fun yang bersedia memberikan khidmat kepada masyarakat 24 jam sehari. Perkara ini bukanlah cakap kosong, memandangkan beliau sendiri telah pun melakukanya ketika berkhidmat di Petaling Jaya. 

Berbekalkan pengalaman ini, pengurusan tugasan dengan bantuan jentera yang mantap memungkinkan Mei Fun untuk memberikan khidmat terbaik buat rakyat.Beliau sendiri memberikan jaminan, jika rakyat ingin mencari beliau, mereka dapat menghubunginya secara terus. 

"Saya adalah seorang yang akan turun ke bawah untuk memberikan perkhidmatan secara peribadi kepada rakyat" kata Mei Fun. 

Perkara ini bukan asing bagi sebahagian besar warga Petaling Jaya yang merasai sendiri personal touch beliau. Kini warga Petaling Jaya seakan menyesal memikirkan tindakan mengangkat pembangkang sebagai wakil mereka. 

Jadi nasihat warga Petaling Jaya kepada para pengundi Kajang. Jangan sia-siakan peluang anda untuk memiliki wakil yang berkaliber, rajin, konsisten dan berpegang pada janji. Jadi ingat untuk memilih Chew Mei Fun di hari mengundi nanti.


No comments:

Post a Comment