Friday, July 18, 2014

Emir Manavi Pacu Kejayaan FGV


Nama Dr Mohd Emir Mavani bukan baru dalam dunia korporat, kehadiran beliau mendapat perhatian apabila tidak semena-mena menjadi mangsa serangan membuta tuli selepas dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holding (FGVH) pada Januari 2013.

Pelbagai dakwaan dan tuduhan dilemparkan terhadap beliau dari pertikaian kewarganegaraan sehinggalah kelayakan akademiknya. Walhal semua itu ternyata fitnah jahat puak pembangkang terhadap beliau yang dinilai sebagai satu cubaan memburuk-burukkan FGV selaku anak syarikat yang dikatakan lubuk emas iaitu FELDA.

Namun semua serangan bertubi-tubi yang diterima tidak sedikit pun membantutkan visi dan misi beliau untuk membawa FELDA ke satu tahap yang lebih tinggi. Ini terbukti dengan langkah pelaburan, peggabungan dan pegambilalihan beberapa syarikat berpotensi dalam dan luar negara.

Antaranya pengambilalihan syarikat perladangan berpusat di Sabah iaitu Pontian United Plantations Bhd. Penguasaan ini melibatkan kos RM1.2 bilion meliputi hak pemilikan dua ladang kelapa sawit iaitu 15,687hektar berhampiran Lahad Datu dan 509hektar di Kukup, Johor.

Pemilihan syarikat ini dibuat setelah menilai latar belakang kewangan yang kukuh dengan rizab RM256 juta dan bebas dari sebarang hutang. Hasil daripada pengambilalihan ini, produktiviti Felda meningkat sebanyak 20% iaitu tambahan pengeluaran 80,000 metrik tan minyak sawit mentah setahun.

Ini baru salah satu pelaburan jangka panjang yang telah dibuat FGV. Perlu diingatkan, FGV turut melaksanakan beberapa pengambilalihan beberapa syarikat luar negara seperti PT Temenila Agro Abadi dan PT Landak Bhakti Pharma.

Selain itu, Mohd Emir dijangka mampu mengekalkan momentum pelaburan bagi mencapai sasaran perolehan RM100 bilion dalam masa 6 tahun mendatang. Untuk merealisasikan sasaran ini, beliau telah merangka pelan pengstrukturan semula operasi dengan menggabungkan beberapa entiti perniagaan kepada kelompok/rangkaian berlandaskan bidang dan peranan tersendiri.

Tujuh pecahan rangkaian utama adalah seperti berikut:
  • Pengangkutan, Lojistik, Pemasaran & Lain-lain (TLMO)
  • Gula Hiliran
  • Gula Huluan
  • Kelapa Sawit Hiliran
  • Kelapa Sawit Huluan 
  • R&D dan Perkhidmatan Agri 
  • Getah
Pengstrukturan kepada beberapa rangkaian ini dilihat lebih sistematik dan fokus, kerana ia dapat memberi gambaran jelas akan bidang tugas masing-masing supaya tiada pertindanan berlaku. FGV mampu meletakkan diri di kelompok 10 syarikat berasaskan pertanian menjelang 2020, jika semua operasi yang distruktur ini berjalan lancar. 

Melihat kepada pelan ini, menunjukkan perlantikan Mohd Emir sebagai CEO FGV bukanlah tangkap muat. 

No comments:

Post a Comment