Wednesday, July 16, 2014

Pengguna Mati Katak Guna Khidmat Teksi Haram


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mengingatkan pengguna supaya tidak menggunakan perkhidmatan teksi haram yang dikesan beroperasi aktif di sekitar Lembah Klang.

Ini kerana, perkhidmatan teksi haram yang menggunakan kenderaan persendirian ini tidak melindungi penumpang dan ini ternyata melanggar undang-undang perkhidmatan awam darat.

Syed Hamid memberitahu bahawa ketika ini terdapat dua buah pengendali teksi haram sedang dipantau oleh pihak suruhanjaya. Pengendali ini dipercayai menggunakan aplikasi dalam talian bagi menerima tempahan dan dikendalikan oleh sesetengah pihak dari luar negara.

Beliau sekali lagi menegaskan supaya pengguna tidak terpedaya untuk menggunakan perkhidmatan haram sebegini kerana jika berlaku sebarang kemalangan, pengguna bakal berdepan risiko mati katak kerana tidak dilindungi insurans.

Untuk makluman pemantauan yang dilakukan oleh pihak SPAD bukan tunggu dan lihat sahaja. Tetapi melibatkan risikan bagi mengumpul bahan bukti supaya pesalah dapat diheret ke muka pengadilan tidak terlepas kerana teknikaliti perundangan. 

Jadi jangan pula menuduh SPAD tengok jer penjenayah buat keje depan mata tapi tak buat apa-apa. Kerana sistem perundangan memerlukan pihak SPAD untuk tidak terburu-buru untuk menangkap tanpa menzahirkan bukti dan saksi yang konkrit.

No comments:

Post a Comment