Friday, July 11, 2014

Penutupan Separa Landasan Rel Sektor Gemas-Gua Musang Dilaksanakan Serta Merta



KUALA LUMPUR, 11 Julai 2014 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) hari ini telah mengarahkan KTMB agar penutupan landasan secara separa di sektor Gemas – Gua Musang dilaksanakan dengan serta merta selepas insiden kegelinciran tren berhampiran Stesen Kemayan, Pahang pada 8 Julai 2014. 

Tindakan ini akan membolehkan KTMB menjalankan kerja-kerja memeriksa serta menyelenggara landasan secara komprehensif di sektor berkenaan pada waktu siang sebelum membenarkan tren beroperasi semula pada waktu malam.

Sebelum ini, S.P.A.D. telah bersetuju pada 26hb Jun 2014 untuk KTMB menutup secara spara landasan KTM sektor Gemas-Gua Musang mulai 15hb Ogos 2014.  Keputusan ini dibuat selepas mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan oleh KTMB serta komitmen pengendali rel ini untuk mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko kemalangan dan menjamin keselamatan penumpang di sepanjang sektor berkenaan. 
  
Arahan S.P.A.D. ini akan mengurangkan risiko terhadap aspek keselamatan penumpang dan operasi tren.   Susulan daripada arahan ini, KTMB juga dikehendaki untuk melaksanakan dengan segera plan komunikasi menyeluruh serta penjadualan semula perkhidmatan mereka. 

Walaupun keputusan ini akan memberi kesan terhadap perjalanan perkhidmatan tren yang disediakan, S.P.A.D. selaku pengawal selia pengangkutan awam darat   sentiasa meletakkan aspek keselamatan penumpang sebagai asas utama dalam membuat apa-apa keputusan.

Bagi perisik, jika penutupan dilakukan awal pada 27 Jun lalu mungkin kemalangan seperti ini dapat dielakkan. Disebabkan mentaliti segelintir umat yang memekak, menghina usaha murni SPAD penutupan tersebut terpaksa ditunda. Bila malapetaka berlaku, mereka yang memekak hilang seribu bahasa. 

No comments:

Post a Comment