Thursday, July 17, 2014

Takhta Raja Gula Malaysia Milik Peneroka


Bila tiba masa senarai individu terkaya dikeluarkan oleh Forbes, majoriti rakyat dapat mengagak nama jutawan Tan Sri Robert Kuok antara yang tersenarai. Beliau juga lebih dikenali sebagai Raja Gula kerana kaitan kekayaan yang datang dari syarikat Malayan Sugar Manufacturing (MSM).

Hakikatnya beliau tidak lagi ada kena mengena dengan MSM setelah melepaskan seluruh kepentingannya kepada Felda Global Ventures Holdings (FGV), iaitu sebuah anak syarikat FELDA pada Oktober 2009.

Urusan pengambilalihan bernilai RM1.2 bilion ini melibatkan pemilikan 50 peratus saham Kilang Gula FELDA Perlis Sdn Bhd, 5,797 hektar ladang tebu di Chuping, Perlis dan 20 peratus saham dalam Tradewinds (M) Berhad.

Sejak dari itu, FGVH telah berjaya menguasai 70 peratus pasaran gula dalam negara. Sekaligus merampas takhta Raja Gula yang dipegang Robert Kuok selama 45 tahun. Secara tidak langsung takhta ini dirasai oleh peneroka sebagai kumpulan bekepentingan dalam FELDA.

Sebenarnya bukan gelaran yang hendak diriuhkan. Akan tetapi penguasaan MSM oleh FELDA yang terdiri daripada beratus ribu peneroka majoriti Melayu. Ini kerana ramai yang masih beranggapan MSM ini masih dimiliki Robert Kuok dan ada juga tidak percaya bahawa syarikat yang menaungi peneroka ini mampu melakukanya. 

Sejarah sudah pun terlakar, kemampuan syarikat Felda milik bumiputera ini tidak seharusnya diperkecilkan lagi kemampuannya. Ditambah kor bisnes Felda juga, bukan lagi tertumpu kepada sektor perladangan kelapa sawit semata-mata. Diversiti perniagaan Felda telah berkembang pesat di beberapa sektor lain seperti pengeluaran gula, biodiesel, hartanah, logistik dan sebagainya. 

No comments:

Post a Comment