Thursday, August 21, 2014

Peraturan Hari Berkabung Negara 22 Ogos Esok!


Hari Berkabung Negara ini dibuat bagi menerima ketibaan 20 jenazah yang dijadualkan tiba esok jam 10 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Jenazah mangsa MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai ini, terdiri daripada 9 anak kapal dan 11 penumpang.

Majlis dan istiadat akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya, KLIA dan pada rakyat semua di minta bertafakur walaupun di mana mereka berada. Waktu bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa nahas adalah antara jam 10.45 hingga 11.15 pagi.



Peraturan Hari Berkabung Negara 22 Ogos 2014 MH17
  • Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiand di seluruh negara dan semua acara berunsur hiburan hendaklah ditangguhkan semasa hari Perkabungan Negara pada Jumaat 22 Ogos 2014.
  • Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung dalam masjlis sambutan ketibaan jenazah, mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang bewarna hitam.
  • Semua pihak diminta memakai pakaian bewarna suram dan tidak bewarna terang/garang pada hari perkabungan.
  • Semua rancangan hiburan di semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan digantu dengan bacaan al-Quran dan program berunsur keagamaan.
  • Peraturan hari perkabungan perlu dipatuhi di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, stesen radio dan televisyen serta orang ramai






No comments:

Post a Comment