Tuesday, August 26, 2014

Ptuii! Khalid Samad Mandi Ludah Di Jalan Duta


Khalid Samad yang baru didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jalan Duta telah diludah oleh orang yang tidak dikenali. Ahli Parlimen Shah Alam itu dalam perjalanan keluar dari kompleks Mahkamah jam 1 petang tiba-tiba diludah.

Bukan seorang tetapi beberapa individu lain turut mengekori Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu sehingga ke tempat letak kereta dan terus meludah Khalid.

Kalau dah sampai tahap gini memang marah betul kumpulan yang tidak dikenali terhadap Khalid Samad. Mungkin itu hanya sebilangan kecil yang tampil menyatakan rasa tidak puas hati terhadap beliau.

Kalau satu bas yang datang confirm bermandi ludah Khalid hari ni. Apa puncanya? Mungkin ada kena mengena dengan kenyataan biadap beliau terhadap Sultan yang mempertikai kedudukan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Rasanya bukan satu perkara ini saja yang menjadi trigger kepada insiden ini. Malah ada kaitan dengan respon beliau dalam isu berkaitan Islam yang sering dipermain-mainkan oleh orang tidak bertanggungjawab kebelakangan in. 

Dimana beliau lebih banyak memperlekehkan MAIS dalam mengani isu kaitan akidah di negeri Darul Ehsan. Bercerita lagak sufi cuba menasihati institusi agama Islam di Selangor. Malangnya banyak tindak tanduk diambil merugikan Islam.

Sendiri pun tengah didakwa kerana tuduhan memfitnah. Ada hati nak jadi malaikat. Beliau dijamin RM4000 dan kini menanti tarikh pembicaraan.


No comments:

Post a Comment