Wednesday, August 20, 2014

SPAD: Wajib Lapor Kemalangan Dalam Tempoh 2 Jam


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengingatkan para pengendali berlesen kenderaan perkhidmatan awam kelas bas dan pemegang lesen kenderaan pelancongan bas perlu melaporkan kepada suruhanjaya dalam masa dua jam jika terbabit kemalangan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal perkara ini telah pun dikuatkuasakan sejak 30 Jun 2014. Namun masih ada pengendali yang mengambil sikap acuh tidak acuh dalam hal ini.

Dalam pekeliling yang dikeluarkan, pengendali yang terlibat kemalangan hendaklah memaklumkan kejadian dengan menghubungi Aduan SPAD 1-800-88-7723. Nama syarikat pengendali, nama pemandu, nombor kad pengenalan pemandu, nombor pendaftaran kenderaan, laluan, tarikh, masa dan lokasi perlu dimaklumkan ketika membuat laporan. Ini merupakan syarat am lesen Pengendali Bas.

Kepada pengendali yang degil atau buat diam jer bila terlibat kemalangan. Anda boleh didakwa di bawah Seksyen 22(3) dan Seksyen 41(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 iaitu membawa kepada hukuman denda tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahu atau kedua-duanya sekali.

Diharap para pengendali bas yang berada dalam dua kelas dinyatakan tadi patuh bukan kerana takut akan akta yang ada. Tetapi atas rasa tanggungjawab, kerana setiap laporan dibuat dapat membantu siasatan menyeluruh dilaksanakan dan langkah pencenggahan dapat diketengahkan di masa-masa akan datang.

Cakap mencebik kerana mengatakan perkara ini tidak membawa perubahan. Sedangkan yang perlu diubah bukannya akta ini. Tetapi perlulah menyentuh faktor keseluruhan seperti adakah punca kemalangan disebabkan kelemahan kejuruteraan jalan raya, adakah disebabkan kegagalan fungsi bas atau sebenarnya kerana kecuaian para pemandu sendiri.


No comments:

Post a Comment