Saturday, October 18, 2014

Kaki Fitnah Pimpin Warga Kajang


Tak sampai setahun sebagai ADUN dah bermacam-macam pencapaian berjaya diperolehi oleh DS Wan Azizah. Setelah mengangkat diri sendiri sebagai boneka dalam kepimpinan PKR. Calon MB Selangor tak jadi ini berjaya pula menempa nama sebagai pemfitnah terhormat. 

Ini berikutan penipuan dan tuduhan jijik dalam artikel-artikel bertajuk 'Felda Bankrap', 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). 

Fitnah DS Wan Azizah bersama dua lagi iaitu Naib Presiden PKR, Dr Syed Husin dan penulis artikel, Rusnizam Mahat akhirnya membuahkan hasil pada 17 Oktober lalu. Apabila FELDA dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures (FGV) memenangi kes saman terhadap mereka bertiga. Hehe.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said yang turut memerintahkan supaya ganti rugi yang bakal diterima FELDA untuk ditaksirkan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar.



Apa-apa pun tahniah buat warga Kajang kerana bukan sahaja dapat boneka kaki kipas sebagai pemimpin. Malah pemfitnah. Buat kerja sebagai YB pun suam-suam kuku wal biskut. Turun padang ikut mood, lepas tu kejap ada..kejap tak ada.

Semakin teserlah akan langkah Kajang kak jijah dan PKR menerima balasannya.

Langkah Kajang jatuh terlentang
Makin melangkah makin kecundang 
Lagi melangkah tergolek terkangkang
Fitnah balasan buat pembangkang

No comments:

Post a Comment