Saturday, November 8, 2014

Bekalan Air Cacing Di Johor?


Kebersihan bekalan air di rumah adakalanya menjengkelkan. Kalau kebiasaan ada pengguna mengadu bekalan air keruh atau bercampur tanah. Lain pula kisah  penduduk Kluang, Johor terkejut apabila dalam jernihan air yang diterima tedapat cacing di dalamnya.

Perkara ini bukan berlaku pada satu dua rumah, tetapi di beberapa penduduk yang tinggal di Jalan 31, Jalan 34 dan Jalan 36, Taman Kluang Barat. Rasanya tidak semua penduduk perasan akan kehadiran cacing ini. Kerana perkara ini masih lagi terpencil di kawasan terbabit sahaja.



Salah seorang penduduk, Oh Kwee Soon, 54, memberitahu beliau dapati tempat tadahan air mengandungi cacing menyangkakan ia hanya kebetulan. Namun apabila menadahnya lagi, dapati cacing halus sememangnya keluar dari pili air rumahnya.

Pemeriksaan di rumah jiran-jirannya juga menerima masalah yang sama. Berikutan itu, beliau dan beberapa jiran telah membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan susulan.

Syarikat Air Johor (SAJ) sudah menerima laporan terbabit dan sedang melakukan siasatan terperinci mengenainya. Perkara ini memerlukan penelitian bagi memastikan punca sebenar kepada permasalahan. Adakah ia berpunca dari tangki simpanan air kawasan perumahan? Adakah ia berpunca dari pencemaran saluran yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar?

Mungkin pihak SAJ akan memerlukan kerjasama dengan pakar bagi mengenalpasti jenis sebenar cacing terbabit dan habitat haiwan terbabit.

Apa-apa pun, kita hanya mampu membuat andaian. Seeloknya biar pihak SAJ melakukan kerja mereka dan membentangkan hasil siasatan kepada penduduk nanti. Selepas itu, barulah langkah penyelesaan dan pencegahan dapat dirangka sebaiknya.

No comments:

Post a Comment