Tuesday, November 18, 2014

ERL dan Sani Express Pertahan Anugerah Pengendali Terbaik


Tahniah diucapkan!!! Sekali lagi dua organisasi ini berjaya pertahankan anugerah pengendali terbaik yang telah mereka menangi tahun sudah. Express Rail Link Berhad (ERL) mengungguli kategori Perkhidmatan Bandar dan Antarabandar, manakala Sani Express bagi kategori Bas Ekspres.

Masing-masing menerima piala dan sijil pengiktirafan dari pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar sempena simposium Pengangkutan Awam Darat 2014 yang berlangsung baru-baru ini.

ERL telah menrekodkan jumlah peratusan tertinggi tahun ini dari segi bilangan penumpang, ketepatan masa dan kebolehpercayaan. Jumlah penumpang bagi dua perkhidmatan yang disediakan oleh ERL iaitu Transit dan Express telah menunjukkan peningkatan amat memberangsangkan. Di mana ERL Transit 34.23 peratus, manakala ERL Express 35.17 peratus.

ERL juga konsisten dalam memberikan servis yang menepati masa dengan 99.88 peratus dicatatkan bagi ERL Transit dan 99.89 peratus bagi ERL Express. Sementara peratusan markah bagi kebolehpercayaan juga tidak dapat disangkal lagi dengan mencatatkan 97.86 peratus dalam perkhidmatan ERL Transit dan 98.86 peratus dalam ERL Express.

Kemenangan pihak Sani Express pula berikutan kecekapan dari segi pengendalian, pemantauan keselamatan, penyelenggaraan dan keselesaan penumpang. Sani Ekpress boleh dijadikan sebagai contoh pengendali terbaik dengan memenuhi kriteria-kriteria penting dalam kategori bas eskpres.

Antara kriteria yang melayakkan kemenangan ini adalah urus tadbir yang baik, giat menjayakan program-program keselamatan, kekerapan penyelengaraan, khidmat pelanggan yang memuaskan, pemantauan pemanduan bas yang efisien dan lain-lain.

Tidak dapat dinafikan lagi pemberian anugerah ini kepada dua organisasi ini. Mekanisme kejayaan ERL dan Sani Express ini dapat dijadikan rujukan pengendali lain bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan mereka sekaligus dapat mempertingkatkan mutu pengangkutan awam darat negara.

Para pemenang bagi kategori lain:

Pengendali Terbaik Pengangkutan Barangan Perdagangan (Freight under A Class License): Sin Kung Logistics Sdn Bhd.
Freight under KA Class License: Century Total Logistics Sdn Bhd.
Inovasi Terbaik - Bas Ekspres: Konsortium Transnasional Berhad.
Inovasi Terbaik - Freight under A Class License: Pos Malaysia Berhad.
Anugerah Khas Merit Award (pengendali): bas henti-henti: Syarikat Pengangkutan Maju Sdn Bhd.
Anugerah Khas Merit Award (inovasi): Freight Under KA Class License: LC Forwarders Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment