Monday, November 10, 2014

SPAD: Kad Prabayar Di Lima Negeri Tahun Depan


Medium pembayaran pengangkutan awam begini bukanlah satu yang baharu kerana negeri Kelantan merupakan lokasi pertama menggunakan sistem kad prabayar ini dan mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada pengguna.

Pembayaran tambang dengan menggunakan kad prabayar ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2015. Ini membuktikan kerajaan tidak menunggu lama untuk merealisasikan perancangan ini apabila langkah awal telah pun bermula pada tahun 2013 lagi di negeri red warrior.



Akan datang, lima lagi negeri bakal menerima kemudahan ini iaitu di bandar-bandar utama seperti Ipoh (Perak), Kuching(Sarawak), Seremban (Negeri Sembilan), Kangar (Perlis) dan Kuala Terengganum (Terengganu).

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar memberitahu, perlaksanaan sistem ini
akan melalui beberapa proses. Sekarang pihak SPAD dalam proses mengeluarkan tender kepada pengendali bas tempatan di semua bandar yang dinyatakan tadi.

“Menerusi sistem pembayaran kad prabayar ini, SPAD akan membuat pembayaran kepada operator bas dan penumpang hanya perlu membeli kad prabayar." kata Syed Hamid

“Hasil daripada pembelian kad prabayar tersebut, akan kita bayar kepada operator, jadi pengendali perkhidmatan bas tidak perlu khuatir mengenai bayaran tambang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Terminal Bas Amanjaya, di sini hari ini." Tambah Syed Hamid lagi.

Untuk lebih jelas lagi, penggunaan sistem ini hanya akan diadaptasi oleh syarikat pengendali yang terpilih memlalui tender yang akan dibuka nanti. Jadi bukan semua pengendali bas di enam negeri tadi akan beralih kepada sistem ini dengan serentak.

Peralihan kepada perkara baharu begini, memerlukan satu julat masa yang bersesuian bagi memastikan penerimaan umum masyarakat. Kalau semua pengendali berubah serentak dalam masa terdekat, bakal menimbul kekeliruan dan satu kejutan budaya pada pengguna.

Langkah SPAD ini dilihat teliti dan tidak terburu-buru kerana enam negeri ini boleh dikatakan sebagai testing plot terbaik melihat sejauh mana keberkesanan sistem ini bila dilaksanakan pada Mac 2015 nanti.

Gambar: wangolds.com

No comments:

Post a Comment