Friday, December 19, 2014

Hotel Kensington London Milik Felda!!


Pembangkang nampaknya tak senang duduk dengan perancangan Felda melalui anak syarikatnya Felda Investment Corp (FIC) apabila melabur dalam sektor perhotelan. Bagi puak pembangkang langkah Felda ini merupakan satu pembaziran duit peneroka. 

Bila bab keluar duit untuk pelaburan, semuanya serba tak kena bagi puak ni. Bila bab duit masuk semua pakat buat bodoh diam seribu bahasa. Lebih lawak ada yang buat muka tebal tumpang sekaki nak terima hasil keuntungan. Peneroka juga dah masak dengan perangai bermuka-muka puak pembangkang ini. 

Agak-agaknya bagaimana respon pembangkang dengan pelaburan terbaharu Felda yang mengambil alih sebuah hotel 4 bintang di London, United Kingdom iaitu Hotel Grand Plaza Kensington. Hotel ini sah menjadi milik Felda dengan nilai 60 juta pound (RM330juta). 

Macam biasa, lagu sama dinyanyikan iaitu membazirlah, merugikan lah, aniaya peneroka lah dan segala macam cela dihembur kepada Felda.Skrip serupa juga digunakan ketika Felda menguasai Servis Apartmen Grand Plaza di Bayswater dengan harga 98 juta pound (RM500 juta) tahun sudah. 

Namun penilaian semula oleh Maybank mengesahkan nilainya telah meningkat kepada 130 juta pound (>RM700 juta) selepas setahun. Malah ada juga yang menilai hartanah terbabit menokok kepada 150 juta pound (>RM800 juta). 

"Pemilikan Grand Plaza Kensington ini merupakan antara pelan strategik FIC untuk mempelbagaikan aset dan memastikan ia mampu memberi syarikat pulangan pelaburan yang maksimum" Kata Pengerusi  Felda, Tan Sri Isa Samad di majlis pembukaan Hotel Kensington 15 Desember lalu.

Maka terdiamlah si macai-macai pembangkang ni. Begitu jugalah dengan Hotel Grand Plaza Kensington, nilai hotel ke-12 milik Felda ini sudah tentu akan meningkat naik di masa-masa hadapan.

Dulu pelaburan pembangunan di Putrajaya pun dicanang sebagai satu pembaziran. Ketika itu, pembangkang heboh nak lelong Putrajaya. Maka gemuruhlah macai-macai mereka bersorak tanda setuju. Tiba-tiba PRU13 lepas, yang cakap nak lelong tu tukar jadi nak tawan! Sengal!! 


1 comment:

  1. ni bukan sengal lg tp dh naik pangkat sikit..babi sengal

    ReplyDelete