Wednesday, December 10, 2014

Sejauh Mana UBER Boleh Menepati Kehendak Akta!


Kemunculan khidmat teksi menggunakan kenderaan persendirian menjadi trend di beberapa buah negara sekarang ini. Perkhidmatan yang bergerak di bawah organisasi UBER ini semakin mendapat tempat di hati pengguna.

Walaubagaimanapun beberapa siri kencaman dan bantahan telah diterima oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) daripada para pengendali dan pemandu teksi terhadap UBER ini. Sehingga menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat. Ada yang menyokong supaya UBER dibenarkan beroperasi, ada pula yang menentang.


Perkara ini mendapat perhatian SPAD dan Tan Sri Syed Hamid telah mengerahkan usaha bagi meneliti pemain baru dalam perkhidmatan awam ini. Ini kerana, jaringan pengangkutan awam di negara kita bukan suatu yang baharu dan sudah pun miliki prosedur atau sistem peraturan yang perlu dipatuhi.

Seperti perkhidmatan teksi, lesen memandu perkhidmatan pengangkutan awam (PSV), Insuran kenderaan awam komersial dan jalani pemeriksaan di Puspakom secara berkala merupakan sebahagian daripada syarat wajib yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

“Saya difahamkan, UBER tidak ada insuran kenderaan awam komersial yang mana meletakkan pengguna dalam risiko tidak dilindungi jika berlaku kemalangan" kata Syed Hamid.

"Mereka juga beroperasi di luar sistem tidak seperti pemandu teksi lain. Terbaca iklan mereka yang mencari sesiapa yang mempunyai kenderaan tambahan untuk mendaftar sebagai pemandu UBER." tambah Syed Hamid lagi



Jelaslah perkhidmatan UBER yang bergerak mencari pelanggan melalui applikasi telefon bimbit ini tidak memenuhi kriteria yang disebutkan tadi. Dari sudut teknikaliti perundangan, UBER tidak sepatutnya beroperasi sama sekali di sini.

Dari awal keriuhan ini, SPAD sudah pun menegaskan bahawa UBER mesti mengikuti akta yang ada untuk beroperasi di sini. Bererti UBER perlulah mendaftarkan sebagai syarikat pengendali perkhidmatan awam. Iaitu sama seperti apa yang dilalui oleh para pengendali teksi yang lain.

Difahamkan, Ketua Polisi Awam UBER Asia Pasifik, Jordan Condo telah memberi jaminan untuk mengikuti akta yang berkaitan. Oleh yang demikian, adalah baik jika perkhidmatan UBER digantung sehingga segala keperluan akta dipenuhi terlebih dahulu.

Tiada istilah double standard atau keistimewaan untuk UBER terkecuali dari sistem ini. Perlaksanaan sistem ini penting supaya pemantauan dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Kita tidak mahu satu lagi penyakit baharu membiak dalam industri pengangkutan awam.

Jadi persaingan sihat dari UBER dalam industri teksi negara ini perlulah menepati peruntukan undang-undang sedia ada terlebih dahulu. Gagal untuk penuhi atau patuhi kehendak yang termaktub dalam akta, UBER berkemungkinan diharamkan beroperasi di Malaysia seperti India, Netherlands, Thailand, German, Turki, Vietnam dan Belgium.



No comments:

Post a Comment