Tuesday, April 29, 2014

Miliki Bas Sekolah Baru Dengan SPB1M


Skim ini bukan baru diperkenalkan, tapi telah pun dilancarkan sejak tahun lepas bagi menggalakkan pemilik bas sekolah lama supaya menggantikannya kepada yang baru. Rasanya tidak perlu kita buat perbandingan terperinci mengapa bas sekolah lama ini perlu diganti.

Secara ringkasnya, ciri keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan bas sekolah yang baru tidak dapat dipertikaikan berbanding dengan yang lama. Ibu bapa yang pengalaman menggunakan perkhidmatan bas sekolah untuk anak mereka mungkin sudah sedia maklum akan kondisi bas lama yang tidak berhawa dingin, tempat duduk berlubang dan paling berat adalah sering rosak.

Monday, April 28, 2014

Jaringan Bas Go KL Diperluas!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan dua laluan bari perkhidmatan bas bandar Go KL. Iaitu Laluan Merah dan Laluan Biru yang akan mula beroperasi pada 1 Mei 2014. Bas bandar Go KL adalah inisiatif kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma di kawasan Central Business District (CBD) Kuala Lumpur.

Ini merupakan sebahagian daripada  Pelan Transformasi Kerajaan dalam usaha memperingatkan penggunaan pengangkutanawam dan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di kawasan CBD Kuala Lumpur.

Sunday, April 27, 2014

SPAD Tampil Formula Minimum Risiko Nahas Bas


Aplikasi penggunaan tali pinggang keledar dan "Speed Limiter" adalah antara formula yang dicadangkan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam usaha mengurangkan risiko kemalangan bas.

Tali pinggang keledar bukanlah satu yang baharu diperkenalkan dalam perkhidmatan bas ekspres. Akan tetapi idea yang ingin diutarakan oleh pihak SPAD adalah dengan menerapkan konsep ketika menaiki kapal terbang. Di mana staf penerbangan memberi demonstrasi penggunaan tali pinggang keledar serta peringatan keselamatan sebelum berlepas.

Selfie Najib-Obama Jadi Perhatian Dunia!



Boleh tahan sempoi Perdana Menteri kita, nampaknya makin bertambah koleksi selfie Datuk Seri Najib Tun Razak. Kalau sebelum ini bersama Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan, kini beliau beraksi sempoi pula dengan ber-selfie bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Gambar ini telah di re-tweet lebih 20,000 kali.

Barrack Obama tiba di Malaysia untuk lawatan kerja selama tiga hari dari 26 - 28 April. Lawatan ini merupakan satu sejarah setelah hampir 50 tahun iaitu kali terakhir adalah Presiden Lyndon B. Johnson pada 30-31 Oktober 1966.

Friday, April 25, 2014

542 Permit Bas Digantung!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius akan aspek keselamatan dalam perkhidmatan awam. Kegagalan mematuhi aspek keselamatan ini akan dikenakan tindakan tegas yang membawa kepada penggantungan permit.

Untuk makluman dari Ogos 2013, SPAD telah menggantung sebanyak 542 permit kenderaan syarikat bas henti-henti, bas ekspres, bas pesiaran, bas sekolah dan kenderaan perdagangan yang terlibat dalam kemalangan dan telah melanggar syarat-syarat pelesenan serta SPAD – ICOP Keselamatan.

Wednesday, April 23, 2014

SPAD: Prosedur Keselamatan Diperketat!!


Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menitikberatkan aspek pematuhan pada had laju dalam Pekeliling SPAD ICOP-Keselamatan. Ianya merupakan salah satu agenda keselamatan yang paling kritikal dan di pantau oleh pengendali setiap masa. 

Sebagai usaha penambahbaikan, SPAD akan mengetatkan lagi prosedur supaya pengendali memberi tumpuan yang lebih serius kepada aspek pengurusan kelajuan dan keselamatan. 

Monday, April 21, 2014

GPS Tak Berfungsi Permit Transnasional Digantung!


Bagi pengguna setia Transnasional, penggantungan permit ini bukan termaktub kepada semua laluan bas konsesi. Tapi hanya melibatkan laluan timur sektor utara sahaja. Tindakan ini adalah lanjutan daripada kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut di laluan Bentong-Raub 12 April lalu sehingga mengorbankan 3 nyawa.

Sebanyak 27 permit bas ekspres Transnasional di gantung berkuatkuasa 23 April 2014. Keputusan ini diambil hasil pengauditan yang mendapati pihak syarikat tidak memantau had kelajuan dan mendapati sistem GPS tidak berfungsi. 

Saturday, April 19, 2014

SPAD Tegas Terhadap Syarikat Bas Terlibat Kemalangan


Kemalangan bas ekspres kian menjadi perhatian pengguna di Malaysia. Apa sudah jadi dengan sektor perkhidmatan awam kini? Walau apa usaha digembleng kerajaan dalam mengekang insiden ini, namun tidak akan berjaya jika sikap pengendali dan pemandu tidak berubah.

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang di Pengerusi oleh Tan Sri Syed Hamid Albar telah merangka beberapa inisiatif seperti SPAD ICOP-Keselamatan. Inisiatif ini bertujuan mendidik para pengendali untuk memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala.

Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh Kemalangan Di Gua Tempurung!!


Menurut sumber dari peraktoday.com, kenderaan Alphard bernombor KS9898 yang dinaiki Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh telah terlibat kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan KM305 1.30pagi tadi.

Toyota Alphard tersebut telah melanggar sebuah lori yang dipercayai menukar laluan tanpa memberi isyarat. Karpal Singh serta pembantunya, Michael Cornandez dilaporkan terkorban dalam kemalangan ngeri terbabit.

Tuesday, April 15, 2014

Murid Tadika Maut Van Terjatuh Dalam Kumbahan


Kejadian berlaku pada pukul 12 tengahari Isnin semalam di Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru. Difahamkan pemandu van, Siti Fatimah,41, telah menghentikan kenderaan dan keluar bagi membimbing beberapa kanak-kanak lain melintas jalan untuk ke tadika berhampiran. 

Tidak disangka, van berkenaan melungsur merempuh pintu pagar loji kumbahan dan terjatuh ke dalamya. Ketika itu masih terdapat enam murid lagi berada di dalam van terbabit. Orang ramai yang berada di tempat kejadian meluru menghulurkan bantuan bagi mengeluarkan mangsa-mangsa.

Sunday, April 13, 2014

SPAD Siasat Terperinci Kemalangan Bas Di Bentong


Pada 20 Ogos tahun sudah, kita dikejutkan dengan insiden kemalangan bas di Genting Highlands, Pahang. Baru-baru ini 12 April, satu lagi kemalangan maut berlaku sehingga mengorbankan tiga penumpang termasuk pasangan suami isteri. 

Kejadian yang berlaku pada 12.30pagi di KM11, Jalan Bentong-Raub ini melibatkan sebuah bas dua tingkat milik Transnasional yang terbabas sebelum merempuh beberapa tiang elektrik sebelum terbalik. Ketika itu bas terbabit dinaiki oleh 68 orang penumpang yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.