Friday, July 25, 2014

Sheikh Awab Tak Goyang Duduk Kerusi Panas MSM


Dari jauh melihat orangnya tampak brutal, bila bersua terpancar keceriaan dan tak lokek melemparkan senyuman semanis gula MSM. Beliaulah Dato Dr Sheikh Awab, Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Sugar Manufacturing (MSM) yang dimiliki Felda Global Ventures Holding (FGVH) iaitu sebuah anak syarikat FELDA.

Kisah MSM ini menjadi perhatian setelah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan maklumat tiga suku di parlimen penggal lalu. Cubaan fitnah ini membuatkan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin yang juga salah seorang pengarah MSM bangun mencelah melanyak Anwar dengan membentangkan fakta sebenar tentang gula.

Thursday, July 24, 2014

Skim Baharu Bantu Pengendali Bas Henti-henti Akan Diperkenalkan


Satu skim baharu akan diwujudkan bagi menggantikan Skim Dana Sokongan Sementara yang telah dilancarkan pada 3 Januari 2012 dengan peruntukan sebanyak RM400juta bagi membantu 150 syarikat bas henti-henti.

Skim baharu ini dibentuk bagi membantu pengendali bas henti-henti terutamanya di kawasan luar bandar yang mengalami masalah kewangan untuk meneruskan operasi. 

Tuesday, July 22, 2014

61 Permit Tambahan Untuk Pengusaha Bas Ekspres Utara


Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan 61 permit bas tambahan kepada pengusaha bas ekspres di Pulau Pinang, Perlis dan Kedah untuk perjalanan ke pantai timur, Kuala Lumpur dan selatan.

Permit tambahan ini dikeluarkan bagi menampung permintaan pengguna bas ekspres sempena musim perayaan Aidilfitri nanti. Dijangka seramai 2,680 penumpang akan menggunakan perkhidmatan bas tambahan itu.

Friday, July 18, 2014

Emir Manavi Pacu Kejayaan FGV


Nama Dr Mohd Emir Mavani bukan baru dalam dunia korporat, kehadiran beliau mendapat perhatian apabila tidak semena-mena menjadi mangsa serangan membuta tuli selepas dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holding (FGVH) pada Januari 2013.

Pelbagai dakwaan dan tuduhan dilemparkan terhadap beliau dari pertikaian kewarganegaraan sehinggalah kelayakan akademiknya. Walhal semua itu ternyata fitnah jahat puak pembangkang terhadap beliau yang dinilai sebagai satu cubaan memburuk-burukkan FGV selaku anak syarikat yang dikatakan lubuk emas iaitu FELDA.

Thursday, July 17, 2014

Takhta Raja Gula Malaysia Milik Peneroka


Bila tiba masa senarai individu terkaya dikeluarkan oleh Forbes, majoriti rakyat dapat mengagak nama jutawan Tan Sri Robert Kuok antara yang tersenarai. Beliau juga lebih dikenali sebagai Raja Gula kerana kaitan kekayaan yang datang dari syarikat Malayan Sugar Manufacturing (MSM).

Hakikatnya beliau tidak lagi ada kena mengena dengan MSM setelah melepaskan seluruh kepentingannya kepada Felda Global Ventures Holdings (FGV), iaitu sebuah anak syarikat FELDA pada Oktober 2009.

Wednesday, July 16, 2014

Pengguna Mati Katak Guna Khidmat Teksi Haram


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mengingatkan pengguna supaya tidak menggunakan perkhidmatan teksi haram yang dikesan beroperasi aktif di sekitar Lembah Klang.

Ini kerana, perkhidmatan teksi haram yang menggunakan kenderaan persendirian ini tidak melindungi penumpang dan ini ternyata melanggar undang-undang perkhidmatan awam darat.

Friday, July 11, 2014

Penutupan Separa Landasan Rel Sektor Gemas-Gua Musang Dilaksanakan Serta Merta



KUALA LUMPUR, 11 Julai 2014 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) hari ini telah mengarahkan KTMB agar penutupan landasan secara separa di sektor Gemas – Gua Musang dilaksanakan dengan serta merta selepas insiden kegelinciran tren berhampiran Stesen Kemayan, Pahang pada 8 Julai 2014. 

Tindakan ini akan membolehkan KTMB menjalankan kerja-kerja memeriksa serta menyelenggara landasan secara komprehensif di sektor berkenaan pada waktu siang sebelum membenarkan tren beroperasi semula pada waktu malam.

Tuesday, July 8, 2014

Keretapi Tergelincir Di Jajaran Gemas-Gua Musang

(gambar hiasan)
Satu daripada lapan gerabak keretapi Ekspres Wau dilaporkan tergelincir di kilometer (KM)80 Kemayan-Triang 1.50 pagi tadi (8 Julai 2014). Keretapi yang membawa 200 orang penumpang itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Tiada penumpang yang cedera dan 79 penumpang yang sebelum itu berada di gerabak tergelincir tersebut telah dipindahkan ke gerabak hadapan. Perjalanan diteruskan seperti biasa setelah koc yang tergelincir itu dipotong. 

Felda Perluas Skop Hartanah Melalui Pembelian Encorp


Felda melalui anak syarikatnya Felda Investment Corporation (FIC) mengorak langkah memiliki majoriti pegangan saham di dalam Encorp Berhad. Bagi merealisasikan pemilikan ini FIC telah melabur sebanyak RM239.72 juta dengan menguasai sebanyak 49.45 peratus modal saham.

Encorp Berhad merupakan sebuah syarikat hartanah terkemuka yang memiliki barisan portfolio projek yang memberansangkan. Lokasi portfolionya amat strategik sekaligus mampu memberikan pulangan pelaburan menguntungkan kepada Encorp yang kini sudah pun menjadi milik Felda.

Monday, July 7, 2014

AirAsia Terbabas Di Airport Brunei


Sebuah kapal terbang AK278 milik Air Asia telah dilaporkan terbabas keluar landasan ketika mendarat. Kejadian berlaku pada 4 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Kesemua penumpang dan kru telah dibawa keluar dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Sejumlah 102 orang penumpang dan tujuh kru berada di dalam pesawat terbabit sewaktu insiden berlaku.

Thursday, July 3, 2014

Tiong Lai Jangan Kalut Salahkan SPAD!



Aiseyman.. tak sampai sebulan jadi menteri, DS Liow Tiong Lai sudah pening kaitkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kejadian tanah mendap yang berlaku di persimpangan Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi dan Jalan Pudu semalam.

Dari kenyataan yang dikeluarkan beliau melalui tweet menyangka yang runtuh itu adalah terowong pembinaan MRT dan mengarahkan pihak SPAD untuk bertindak segera, walhal kejadian terbabit tiada kena mengena dengan suruhanjaya terbabit.

Gambar-gambar Tanah Mendap Di Super Impose


Ada yang suka, ada yang ketawa, ada juga yang kata kretif tak bertempat. Berikut adalah gambar-gambar yang telah disunting atau super impose dikaitkan dengan kejadian tanah mendap di persimpangan Jalan Imbi, Jalan Hang Tuah dan Jalan Pudu.

Wednesday, July 2, 2014

Dua Minggu Baik Pulih Jalan Mendap !!



Kejadian berlaku di persimpangan Jalan Imbi, Jalan Hang Tuah dan Jalan Pudu pada pukul 10:38pagi apabila saluran paip air didapati pecah menyebabkan kawasan tersebut diresapi air dan menggangu struktur tanah serta berlaku mendapan sedalam 6 meter dan sepanjang 19meter.

Justeru, pembinaan persimpangan bertingkat di bawah jalan tersebut telah diberhentikan bagi kerja-kerja membaik pulih di kawasan yang mendap.