Friday, January 9, 2015

Banjir!! Jadilah Sukarelawan CRSM-MCA!!

MCA sejak dari mula begitu komited menggerakkan jentera mengumpulkan bertan-tan barang bantuan dan mengagihkan kepada pusat-pusat pemindahan mangsa banjir di sekitar Pantai Timur. Mereka turut pastikan bantuan tiba ke lokasi mangsa terperangkap tidak sempat menyelamatkan diri kerana air bah naik terlalu cepat. 

Usaha MCA melalui Skuad Bantuan Bencana (CRSM) dijangka berterusan dengan fasa kedua, dimana operasi membersih dan memulihkan tempat terjejas teruk oleh banjir. Memandangkan musim persekolahan bakal bermula, operasi pembersihan sekolah diberi keutamaan bagi memastikan ianya selesa dan selamat untuk digunakan.


Bagi melicinkan gerak kerja bantuan fasa kedua ini. Pihak MCA mengajak orang ramai untuk menjadi sukarelawan untuk membantu rakan-rakan kita di Pantai Timur dalam membersih kawasan-kawasan berlumpur, membaiki kerosakan serta melakukan kerja-kerja kamusiaan yang lain.

Datin Paduka Chew Mei Fun, bersama skuad CRSM telah pun memulakan aktiviti pembersihan di salah sebuah sekolah di Machang, Kelantan. Lihat sendiri bertapa tebal lumpur yang meliputi persekitaran sekolah dalam gambar bawah. Sudah tentu ramai tenaga kerja sukarelawan ditagih bagi mempercepatkan operasi membersih.


Bagi yang berminat bolehlah menghubungi maklumat yang tertera di dalam gambar di atas sekali. Inilah masanya untuk kita menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Mungkin di masa-masa akan datang rakan yang dibantu inilah akan membantu kita kembali. 

Jangan di nilai usaha murni MCA ini pada warna kulit. Kita perlu ingat bala bencana tidak memilih mangsanya sama ada melayu, cina, india, pas, bn, pkr, dap, kaya atau miskin. Jadi usahlah kita memilih-milih siapa kita hendak bantu atau menjadi rakan membantu.

No comments:

Post a Comment