Tuesday, January 20, 2015

Banjir!! Kementerian Pertanian Tampil Inisiatif Ringan Beban Rakyat


Kerajaan mengumumkan nilai kerosakan akibat banjir ini mencecah RM2 billion. Kesan kemusnahan jelas kelihatan selepas banjir dimana banyak sekolah-sekolah, pusat perniagaan, rumah-rumah rosak teruk akibat banjir. 

Malah hampir 3,000 buah rumah hilang dihanyut arus banjir sekaligus mengakibatkan mangsa tinggal sehelai sepinggang dan hilang tempat berteduh. Melihat kepada keadaan kritikal ini, kerajaan telah pun membentuk pelan bantuan yang perlu bagi meringankan beban mangsa.


Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan pemberian BR1M diawalkan, mengatur semula jadual pembayaran balik pinjaman, bina semula rumah kekal untuk mangsa banjir, serta pelbagai dana tambahan yang lain. Sedikit maklumat mengenainya DI SINI.

Kali ini kerajaan melalui Kementerian Pertanian yang diterjui oleh Ismail Sabri tampil dengan inisiatif tambahan lain bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Antaranya adalah:

  • Pinjaman khas RM10,000 untuk membina semula perniagaan.
  • Bantuan RM3000 dalam bentuk pakaian, khemah dan peralatan perniagaan buat peniaga pasar tani.
  • Potongan 20-60 peratus harga di pasar tani khas berbanding di pasat tani biasa.
  • Mengawal pembelian barangan keperluan seperti ikan, sayur, telur sebanyak 3kg seorang. Bagi mengelakkan barang dibeli pemborong.

No comments:

Post a Comment