Friday, January 23, 2015

Lima Bandar Tunjang Transformasi Sistem Perkhidmatan Bas Henti-henti


Seremban, Negeri Sembilan dan Kangar, Perlis menjadi antara bandar awal melaksanaan fasa pertama program Skim Transformasi Bas Henti-henti berkonspekan 'network planning' di negara ini. Tiga bandar lain iaitu Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching akan menerima program sama dalam tahun ini juga secara berperingkat-peringkat.

Seremban bakal merintis transformasi melalui program ini bermula April tidak lama lagi. Kecekapan perkhidmatan awam di bandar Seremban dipertingkatkan dengan mengintergrasikan pengangkutan awam bas henti-henti, bas ekspres dan perkhidmatan rel.


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid berkata konsep network planning yang akan dilaksanakan di Seremban ini dijangka meliputi kawasan seluas 601 kilometer berbanding 343 kilometer dengan bilangan 24 laluan daripada 19 laluan sebelum ini.

Model program serupa akan dilakukan di Kangar pada Jun sebelum diperluaskan ke tiga bandar berikutnya. SPAD komited dalam merealisasikan program ini dengan memeterai perjanjian di Ibu Pejabat SPAD Kuala Lumpur dengan dua syarikat pengusaha bas bagi mengendali dua bandar pertama ini dahulu.

Perjanjian telah dibuat dengan Cityliner Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan mengendali perkhidmatan bagi bandar Seremban. Manakala Kangar pula akan dikendalikan oleh MARA Liner Sdn Bhd.

"Di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti, SPAD akan menetapkan laluan, kos operasi dan akan menerima tambang yang dikutip.

"Sementara pengendali laluan akan dibayar kadar per kilometer setiap kenderaan dan perlu mematuhi mutu tahap perkhidmatan yang telah dipersetujui" kata Syed Hamid.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Kamal telah meletakkan penanda aras dalam memastikan laluan dan kekerapan operasi tidak berlaku pertindihan bagi menjamin kecekapan perkhidmatan.

"Di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti, SPAD akan menetapkan laluan, kos operasi dan akan menerima tambang yang dikutip.

"Sementara pengendali laluan akan dibayar kadar per kilometer setiap kenderaan dan perlu mematuhi mutu tahap perkhidmatan yang telah dipersetujui" jelas Mohd Nur.

Perletakan garis panduan yang tegas terhadap syarikat pengusaha adalah penting dalam menjamin kualiti servis. Namun insentif turut diberikan iaitu satu peratus daripada kutipan tambang bagi peningkatan lima peratus atau lebih jumlah penumpang dan pendapatan setiap bulan.


No comments:

Post a Comment