Sunday, January 11, 2015

Si Bertudung Rebah Dicium Dipeluk Artis K-POP


Lihat bagaimana gembiranya anak gadis fanatik membiarkan sahaja diri dipeluk dan dicium oleh artis K-POP. Gambar ini telah mula viral di media sosial akan tetapi tidak dipastikan konsert bila dan dimana insiden ini berlaku. 

Fenomena K-POP telah meninggal kesan mendalam kepada rakyat Malaysia. Lihat sahaja kepada anak-anak kita dari peringkat sekolah hingga ke universiti sampailah yang dah bekerja. Trend layan lagu, filem, drama, fesyen, makan, cakap Korea begitu meluas dan mempengaruhi mereka.



Sehingga budaya Korea Selatan seolah-olah sudah menjadi sebahagian dari budaya warga Malaysia. Paling membimbangkan apabila ramai anak belia Islam tanpa disedari telah melampaui batas nilai-nilai Islam.

Sebagai muslim dan muslimah jangan biarkan diri kita hanyut dengan duniawi. Diharap pihak pengurus pihak berwajib meletakkan garis panduan yang tegas bagi mengelakkan insiden serupa berulang.




No comments:

Post a Comment