Thursday, April 16, 2015

FELDA Ikrar Teguh Bersama Najib!



Semakin ramai yang melahirkan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sejak kebelakangan ini, ada segelintir yang kononnya menegur Najib atas alasan sayangkan parti. Matlamat memang bagus! Tapi adakah itu yang berlaku?

Tak salah menegur, tetapi ia jadi tidak molek apabila peribadi keluarga Najib pula menjadi sasaran kritikan. Sampai hal kawin anak beliau pun cuba dijadikan perdebatan. Walaupun bijak 22 tahun, tetapi perlu ada batasnya.

Melihat kepada situasi ini, ramai terpanggil tampil menyuarakan pandangan terhadap si pengkritik. Bila pengkritik pula ditegur dipusing kata semuanya dibayar atau ikut membuta tuli. Asam garam perjuangan, yang penting istiqomah kerana kebenaran akan menenggelamkan kebatilan.

Berpegang kepada keyakinan ini, yang sokong terus konsisten disamping Najib. Lantak pi nista yang cuba dicanang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Terbaru, Pengerusi FELDA, TS Mohd Isa Abdul Samad bersama 11 pemimpin wilayah tanah rancangan ikrar berdiri teguh bersama kepimpinan Najib. 

Sokongan yang diberikan bukan hentam keromo. Tetapi atas dasar keyakinan tinggi terhadap Najib yang telah menzahirkan banyak kejayaan mentransformasikan FELDA ke peringkat global. Sokongan tersebut disuarakan Isa Samad selepas perjumpaan khas dengan pemimpin peneroka, Felda Keratong 3, Rompin baru-baru ini.

Beberapa entiti FELDA lain seperti Majlis Belia FELDA Malaysia, Gerakan Persatuan Wanita FELDA dan Gabungan Pemikir Profesional FELDA sebulat suara turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan Najib. Bagi mereka, segala masalah dan tuduhan yang dibangkitkan telah pun dijelaskan oleh Najib.

Isa Samad juga menerima memorandum tanda sokongan masyarakat FELDA terhadap PM disampaikan oleh wakil generasi baru FELDA, Datuk Dr Shamsul Anwar. 

No comments:

Post a Comment