Friday, April 10, 2015

Fitnah FELDA Urusniaga Dengan Israel! Pembangkang Di Arah Bayar RM100 Ribu!



Fitnah dalam Pakatan pembangkang sudah cukup sebati. Ada saja hendak helah hendak dimainkan bagi mengelirukan rakyat. Seperti fitnah terhadap FELDA, yang dituduh membuat urusniaga dengan Israel. 

Sebaran fitnah ini dibuat melalui akhbar lidah rasmi pembangkang Suara Keadilan bertarikh 27 November 2012. Artikel fitnah yang disiarkan bertajuk "2,000 Himpuan Bantah Felda Jual Minyak ke Israel" dan "BN Jangan Tipu Rakyat".

Malangnya ramai pula rakyat yang terpedaya dan percaya dengan rekayasa akhbar pembangkang ini. Walaupun penjelasan telah dibuat, masih ada yang sengal otak telan fitnah ni bulat-bulat. Berikutan itu, FELDA mengambil tindakan undang-undang menyaman enam individu yang menjadi dalang penyebaran maklumat palsu ini.


FITNAH PEMBANGKANG
Pad 21 April 2013 Saifuddin Nasution yang merupakan salah seorang pemfitnah yang terlibat, telah bersetuju untuk menarik balik mana-mana tuduhan dalam artikel yang diterbitkan.

Beliau bersetuju dan mengakui FELDA IFFCO Oil Product menghantar minyak sawit ke Palestine dan bukanya ke Israel. Bersetuju dan mengakui, FELDA tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat kaitan negara haram tersebut.

Lima lagi dol terus berdegil mencabar keputusan mahkamah dan akhirnya Mahkamah Rayuan mengarahkan mereka membayar ganti rugi RM100 Ribu kepada FELDA. Lima individu tersebut adalah Mustafa Ali, ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd.

Keputusan tersebut dibuat oleh panel tigak hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusof dan Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham yang sebulat suara menolak rayuan pihak difendan.

No comments:

Post a Comment