Sunday, April 19, 2015

MCA Giat Raih Sokongan Pengundi Permatang Pauh #PRK-P44


Sebelum pengumuman calon lagi, pihak MCA yang dibarisi pemimpin-pemimpin utama yakni Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Naib Presiden, Datin Paduka Chew Mei Fun telah turun menggerakkan seluruh jentera-jenteranya bagi menghadapi PRK P44 Permatang Pauh.

Seramai 16,462 atau 22.9 peratus pengundi cina di Permatang Pauh sudah mampu menilai sendiri bagaimana ahli parlimen mereka sebelum ini berkhidmat di sana. Dua wakil dari PKR iaitu Anwar Ibrahim dan Wan Azizah yang sesuka hati bertukar tangan menduduki kerusi parlimen di sana juga kerap menghilangkan diri dari kawasan.

Wan Azizah yang sebelum ini melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya Anwar Ibrahim bertanding di sana. Bersara dan menjaga cucu dijadikan alasan sekaligus memperlekehkan mandat rakyat yang telah diberikan.

Ketika Anwar disana juga, beliau lebih banyak menghabiskan masa berkempen menyebar fitnah di dalam dan luar negara sehingga kawasannya sendiri terabai. Mungkin Anwar merasakan pengundi Permatang Pauh ini amat mudah diperbodohkan untuk terus mengundi PKR. Betulkah pengundi Permatang Pauh bodoh macam tu? 

Melihat kepada senario ini, pihak MCA telah melancarkan bilik gerakan pada 16 April lalu oleh Tiong Lai dan para jenteranya mula mendekati pengundi di seluruh Permatang Pauh. Slogan "Mempertahan Kepelbagaian" dan "Melindungi Kesederhanaan" dilihat mampu memenangi hati pengundi cina.

Pengundi Permatang Pauh tidak perlukan calon yang tidak jujur dalam berkhidmat kepada rakyat. Dulu kata berhenti nak jaga cucu, tidak lama lepas tu bertanding di DUN Kajang. Dah hina mandat rakyat yang diberikan sebelum ini, Wan Azizah boleh buat muka tak tahu malu nak masuk kembali bertanding di P.44.

Adakah Permatang Pauh perlu wakil rakyat yang berkhidmat pada nama sahaja? Bila dapat kawasan, terus hilang ke tempat lain. Sekarang jadi DUN Kajang pun huru hara dengan pelbagai masalah tak selesai. Apa pula sampah yang Wan Azizah cuba bawa kepada Permatang Pauh! Nak tipu pengundi lagi?



Pengundi cina Permatang Pauh juga telah ditipu hidup-hidup oleh DAP yang kononnya tidak tahu menahu akan agenda hudud dan negara Islam yang ingin di bawa rakan partinya PAS. Di depan tunjuk tegas menolak segala perancangan hudud PAS, di belakang telah bersetuju dan tanda tangan surat persefahaman bersama.

Berapa kali pengundi Permatang Pauh hendak terus ditipu oleh puak-puak PKR-DAP-PAS. Mereka hendak bawa perubahan di Permatang Pauh? Duduk dan kekal berkhidmat di Permatang Pauh pun payah. Macam mana hendak berikan terbaik buat rakyat.

#TolakPKR
#TolakDAP
#TolakPAS

No comments:

Post a Comment