Saturday, April 11, 2015

MCA Teguh Menyokong Kepimpinan Najib



Dalam keadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diserani pelbagai fitnah dari puak pembangkang. Ada juga suara sumbang dalam parti yang mengkritik Najib itu ini serba tak kena. Situasi ini telah menimbulkan persepsi negatif terhadap PM sehingga ada yang teperdaya dan percaya dengan dakyah yang disebarkan pembangkang.

Ketika ini pelbagai pihak terutamanya dari kalangan Ahli Parlimen BN tampil memberikan sokongan kepada pimpinan Najib. Bagi mereka dasar dan usaha yang digerakkan Najib ini memberikan kesan positif jangka panjang serta terbaik buat rakyat.

Ahli-ahli parlimen BN ini bukan menyokong membuta tuli tanpa asas. Mereka telah menilai dan membuat perbandingan sendiri dengan situasi yang dirasai sebelum kepimpinan Najib. Parti komponen MCA turut menyuarakan sokongan terhadap beliau.

MCA merasakan sudah tiba masanya barisan kepimpinan tertinggi parti bersatu dan teguh disamping Najib. Kerana segala usaha transformasi yang direncanakan oleh Najib sudah mula menampakkan hasil yang positif. Cuma memerlukan sedikit masa untuk menampilkan potensi sebenar.

Pihak MCA juga tidak akan terpengaruh dengan hebahan fitnah terhadap Najib sehingga ada yang menyentuh peribadi beliau. Kritikan-kritikan yang tidak membina ini hanya buang masa untuk dilayan kerana tidak memberi sebarang manfaat kepada imej parti.

BN seharusnya merebut peluang ini untuk merapatkan barisan dan fokus dalam melakukan serangan terhadap pembangkang. Ketiadaan Anwar yang dipenjara atas kesalahan meliwat juga patut menjadi kelebihan buat BN untuk terus mengasak lawan. 

No comments:

Post a Comment