Monday, April 20, 2015

Rel KTMB Kelantan Terjejas! Khidmat Bas henti-henti Pengganti Sementara


Banjir terburuk dalam sejarah Malaysia yang melanda pantai timur tahun sudah telah mengakibatkan pelbagai kerosakan dan kehilangan harta benda. Turut terjejas adalah infrastruktur pengangkutan awam darat antaranya perkhidmatan rel keretapi.

Kesan banjir tersebut telah mengakibatkan landasan di laluan sepanjang Kuala Krai rosak teruk dan mengambil masa lama untuk diperbaiki. Akibat daripada itu, penduduk sekitar Dabong, Kemudu dan Kuala Krai yang menjadikan pengangkutan rel ini sebagai medium pengangkutan utama.

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah merangka beberapa penyelesaian sementara bagi memudahkan mobiliti penduduk dari satu tempat ke tempat lain dengan menyediakn perkhidmatan bas henti-henti. Pengendali yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan servis ini adalah Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK).

SKMK telah memulakan perkhidmatan sulongnya pada 13 April lalu bagi kemudahan penduduk-penduduk di tiga kawasan tadi. Sebanyak 3 perjalanan sehari disediakan antara Dabong ke Kuala Krai dan 3 lagi perjalanan antara Kuala Krai ke Dabong.



Pihak SPAD telah melakukan tinjauan operasi bas henti-henti terbabit dan turut mendapatkan respon pengguna bagi mengenalpasti kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan. 

Walaupun ianya merupakan perkhidmatan bas henti-henti sementara, pihak SPAD tidak lepas tangan dalam memastikan kualiti perkhidmatan tidak terabai. Diharap perkhidmatan bas henti-henti ini tidak dihentikan serta merta selepas laluan rel keretapi dipulihkan. Kerana kepelbagaian perkhidmatan ini memberi pengguna pilihan jenis perngangkutan yang ingin digunakan.

No comments:

Post a Comment