Wednesday, November 18, 2015

1% Pendemo Teksi Yang Tidak Dilupakan SPAD!


Sekumpulan kecil pemandu teksi telah mengadakan himpunan tadi bagi mengecam servis UBER & GrabCar yang dikatakan mengugat pendapatan mereka. Kelihatan juga beberapa Ahli Parlimen Pembangkang yang tumpang sekaki ambil peluang hendak balun kerajaan. 

Himpunan yang berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur ini turut menyasarkan organisasi Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang di Pengerusikan oleh, Tan Sri Syed Hamid Albar kerana dakwa mereka tidak mengambil tindakan terhadap penularan perkhidmatan UBER dan GrabCar ini.

Kekalutan segelintir pemandu teksi ini buat kita tertanya-tanya sama ada mereka faham tugasan SPAD? Adakah pemandu teksi ini tahu setiap operasi yang telah dilakukan oleh SPAD? Adakah mereka tahu keadaan semasa yang sedang berlegar dikalangan UBER dan GrabCar?

Perlu ditegaskan dari awal lagi SPAD tidak pernah mengiktiraf perkhidmatan tanpa lesen pengendali UBER dan GrabCar ini. Sudah berpuluh operasi khas dibuat sejak Oktober 2014 dan SPAD telah berjaya menyita 100 buah kenderaan mewah pelbagai jenis. Semua persalah ini didakwa di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat.

Kesan dari kekerapan operasi SPAD ini, operasi UBER dan GrabCar mula terbantut memandangkan semakin ramai peserta dibawah mereka tidak aktif dan ada yang berhenti kerana merasakan tidak berbaloi jika tertangkap serta kereta mewah  disita. Sebab itu, jika anda perasan UBER dan GrabCar bersungguh-sungguh melipatgandakan promosi bagi memancing peserta baru di Facebook.

Pemandu teksi juga perlu faham bahawa penyekatan perkhidmatan dalam talian (online) UBER dan GrabCar ini bukan dibawah bidang kuasa SPAD. Kuasa SPAD adalah mendakwa kesalahan pengendali di ATAS JALAN bukan ATAS TALIAN. 

Jadi SPAD telah melakukan tugas bersandarkan akta-akta yang sudah termaktub di bawah agensi tersebut. Seperti kesalahan pemandu teksi yang didapati dibawah pengaruh dadah. Pihak polis yang akan mengambil tindakan selanjutnya. Bukan SPAD!

Walaubagaimanapun SPAD tidak sekali-kali melupakan suara minoriti pemandu teksi seramai 200 yang turun berdemo ini bagi menyerahkan memorandum. Kerana suara mereka ini sama pentingnya dengan sejumlah 130,000 pemandu teksi yang ada di negara ini. 

Walaupun tak sampai 1% pemandu teksi negara ini yang turun berdemo! Pihak SPAD dengan sungguh-sungguh turun untuk menerima memo tersebut. Tapi ntah macam mana pihak pembangkang, Wan Azizah pula yang ambil memo tu. Bila ini berlaku, timbul lagi persoalan. Adakah pemandu teksi ini faham tugas Wan Azizah? Apa Wan Azizah mampu bantu sedangkan sebagai ADUN Kajang dan MP Permatang Pauh pun kerja tak buat? 

Biarlah 1% tu pada jumlah pendemo, jangan pada tahap pemikiran! Kalau tahap fikir sekadar 1% inilah akibatnya. 

No comments:

Post a Comment