Sunday, November 15, 2015

Pemandu Teksi Ikrar Laksana 4 Resolusi!


Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan pertemuan bersama 1000 pemandu teksi yang menjadi wakil kepada beberapa syarikat pengendali teksi di negara ini. Ia merupakan satu platfom terbaik pengendali untuk menyuarakan sebarang isu dan masalah berkaitan industri teksi.

Majlis Interaksi Industri Pemandu Teksi Bersama SPAD ini adalah antara ruang penting bagi menerima input serta maklum balas dari syarikat-syarikat dan persatuan seperti Pertubuhan Teksi Malaysia (PETEKMA), Persatuan Teksi Berjaya, Marlis Corporation, Destination Transport, Public Cab dan lain-lain. 

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar ambil maklum setiap permasalahan yang diajukan dan sertamerta mengutarakan beberapa cadangan penyelesaian bagi mengatasinya. Namun beberapa perkara perlu kajian dan penglibatan agensi-agensi lain.


Dalam majlis ini, rata-rata pemandu teksi berdiri teguh dan seiringan dengan aspirasi kerajaan. Mereka faham industri teksi ini perlu penambahbaikan dari segi mutu perkhidmatan. Kita perlu pulihkan imej industri teksi yang tercemar dek segelintir pengendalinya. 

Ada yang samseng, ada yang caj mahal, ada yang tidak guna meter! Semua itu membuatkan pengguna enggan menggunakan teksi dan mula beralih kepada perkhidmatan alternatif. Jadi kehadiran SPAD ini sudah terbukti mampu membawa kepada transformasi dan menjaga kebajikan mereka. 

Bagi menunjukkan kesungguhan, dalam majlis tersebut para pemandu teksi telah menyuarakan ikrar 4 resolusi utama dalam memperbaiki industri teksi. Iaitu:

  • Berganding bahu dengan SPAD dalam memajukan industri teksi di negara ini.
  • Mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
  • Bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab, bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna.
  • Berazam untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan teksi.


No comments:

Post a Comment