Tuesday, November 17, 2015

Simposium SPAD 2015: Pengendali Pengangkutan Awam Terus Dihargai!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sentiasa bekerja rapat dengan para pengendali bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Setiap usaha yang dilakukan ada naik turunnya dan kejayaan yang diperolehi adalah hasil kerjasama semua pihak yang memainkan peranan masing-masing.

Jelas usaha penambahbaikan perkhidmatan awam ini tidak jatuh kepada pihak SPAD semata-mata. Ia adalah usaha bersama antara pengendali dalam mencerminkan nilai-nilai kualiti, kebolehpercayaan dan keselamatan dalam memberikan perkhidmatan.

Jadi hari ini, penghargaan telah diberikan kepada para pengendali perkhidmatan awam yang berjaya mengikut kriteria dan kategori yang disediakan. Seramai 1,200 pengendali perkhidmatan awam hadir memeriahkan majlis Anugerah Industri yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Program anugerah ini adalah sempena Simposium SPAD 2015 yang bertema "Journey into the future:Building People Centric Mobility". Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar hadir merasmikan majlis sekaligus menyampaikan anugerah kepada para pemenang.

Best operator freight (A) : JP Logistic Sdn Bhd
Best operator (KA) : LTS Logistic Sdn Bhd
Best Express Bus Operator : Sani United Berhad
Best Excursion Bus Operator : Columbia Leisure Sdn Bhd
Best stage Bus Operator : Handal Indah Sdn Bhd
Best Rail Operator : Rapid Rail Sdn Bhd
Best Innovation Award :  -Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Women Coach & On Board Rail Lubrication System KL Star 1 by Rapid Rail Sdn Bhd

Apa yang menarik majlis kali ini adalah menampilkan 10 pemandu teksi yang mendapat kedudukan terbaik dalam aplikasi "Meter On". Anugerah khas juga disampaikan kepada pemandu teksi Hanizan Bin Mohamed Radzi yang namanya pernah menjadi sebutan ekoran insiden penculikan dimana beliau membawa pulang kanak-kanak terbabit dengan selamat.

Tabik hormat kepada para pemenang. Ada juga yang telah merangkul kemenangan berganda kategori seperti Sani United Berhad. Ternyata usaha peningkatan perkhidmatan awam tidak akan berjaya tanpa penglibatan para pengendali. Jadi pengiktirafan sewajarnya perlu diberikan supaya menjadi contoh kepada pengendali lain. 

No comments:

Post a Comment