Thursday, January 7, 2016

Halal McDonald's Bukan Tangkap Muat


Satu demi satu pertikaian telah perisik lampirkan dalam siri artikel mengenai serangan boikot terhadap McDonald's Malaysia (MY). Satu persatu tohmahan dan tuduhan terbabit telah pun disanggah berfakta bagi menjelaskan gambaran sebenar berbanding kecelaruan yang dimainkan oleh para pemboikot.

Segala tuduhan liar seperti royalti dan derma ke Israel ternyata tiada asasnya. Fitnah McDonald's sebagai milikan yahudi juga jauh tersasar. Ternyata banyak point yang dimainkan para pemboikot lebih kepada persepsi dan andaian yang seronok dijadikan bualan kosong kedai kopi. 

Tidak cukup dengan itu, McDonald's MY dihujani pula dengan fitnah yang mempertikaikan status HALALnya. Pelbagai teori dibangkitkan dan beberapa video telah dijadikan senjata para pemboikot ini. Antara persepsi yang ditimbulkan adalah bahan mentah ayam, daging dan bahan-bahan masakan lain yang digunakan McDonald's dari sumber TIDAK Halal. 

Bagi yang berniaga pasti geleng kepala melihat telatah pemboikot ini. Kerana mereka tahu bukan senang bagi jaringan McDonald's untuk memperolehi sijil pengiktirafan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Perlu diingatkan bahawa JAKIM memiliki standad penilaian paling ketat berbanding negara-negara Islam lain.

Banyak faktor perlu diambilkira, direkodkan dan dikaji teliti sebelum satu-satu sijil dikeluarkan JAKIM. Bukan main hentam sehingga menggadaikan nilai-nilai Islam. Tak mungkin JAKIM akan membiarkan kesilapan ini berlaku semata-mata mengejar keuntungan duniawi. Adakah kakitangan JAKIM sanggup menanggung dosa memberi sijil halal sesuka hati? 

Sudah tentu TIDAK!

Malah mereka lebih tegas dan komited dalam penilaian mereka. Penilaian pula diperiksa beberapa pakar/panel sebelum diputuskan. Kalau ambil contoh air minuman sahaja, JAKIM akan meneliti jauh dengan mencari pengesahan sumber air, bahan-bahan bancuhan dan peralatan bancuhan yang digunakan supaya ia benar-benar terpelihara dari pekara meragukan. 


Sehingga pergi ke kilang-kilang pengeluaran bahan mentah seperti tempat sembelihan dan pemprosesan untuk diaudit. Setiap kandungan (Ingredients) akan dikaji dan dipastikan halal. Beberapa ujian makmal juga dibuat supaya ia benar-benar bebas dari unsur haram. Jika anda melihat sendiri tatakerja (SOP) JAKIM ini, anda akan faham bahawa pengsijilan HALAL McDonald's bukan tangkap muat.

Pengsijilan Halal ini merupakan satu proses panjang dan melecehkan. Tidak perlu pertikai pula mengapa sijil halal ini leceh dimohon. Bagi perisik tidak perlu kompromi dalam soal penentuan Halal. Memang eloklah garis panduan tegas dibuat supaya tiada was-was. 

Ketegasan SOP JAKIM inilah menjadi ikutan negara-negara lain termasuk bukan negara Islam dalam usaha menembusi pasaran HALAL Global yang bernilai USD3 trillion!! Negara lain yakin dengan kualiti pengsijilan HALAL JAKIM, mengapa tidak kita? Seharusnya kita menjadi lebih bangga dengan pencapaian JAKIM ini.

Oleh yang demikian, tuduhan mengatakan McDonald's MY tidak halal adalah FITNAH jahat para pemboikot. Mungkin dalam siri berikutnya akan didedahkan siapa sebenarnya dalang utama dalam usaha memboikot McDonald's ini.



No comments:

Post a Comment