Friday, March 18, 2016

Guna Kad Kredit dan Debit Beli Sajian McDonald's



Pembelian produk menggunakan kad kredit dan debit bukan sesuatu yang baharu. Namun masih banyak premis makanan segera di Malaysia tidak menyediakan medium pembayaran begini. Rata-rata pemilik premis mahukan bayaran tunai bila berurusniaga. 

Kini pelanggan sudah boleh menggunakan kad kredit dan debit bagi membeli sajian di beberapa rangkaian restoran McDonald's Malaysia yang terpilih. Adaptasi sistem pembayaran ini nampak biasa, tapi ia mampu memberi tambah nilai kepada para francaisi McDonald's. Selain itu ia turut memudahkan para pelanggan yang adakala lebih selesa tidak membawa tunai kemana-mana.

Projek ini telah dijalankan dengan usahasama bersama bank terkemuka yakni Maybank. Pihak Maybank adalah penyedia mekanisme gerbang pembayaran dan setakat ini sebanyak 20 buah cawangan McDonald's terpilih telah terpasang sedia dengan kemudahannya.

Tiada lagi kebimbangan pelanggan dalam membawa duit yang banyak dalam melakukan urusan jual beli. Tidak perlu juga terkejar-kejar hendak ke mesin ATM bagi mendapatkan tunai. Segala-galanya sudah dipermudahkan dengan adanya pembayaran kad kredit dan debit.

Barangkali di masa akan datang, bayaran menggunakan Touch n' Go (TnG) pula diterapkan sebagai salah satu cara pembayaran. Kerana sudah banyak premis makanan dan food court di pusat membeli belah menggunapakai TnG ini. 

Pengenalan sistem point juga dapat dipertimbangkan oleh McDonald's Malaysia memandangkan ia merupakan salah satu cara dalam memberi penghargaan kepada pelanggan setia mereka. Bila point/mata mencukupi, mungkin dapat ditebus dengan secawan kopi atau hidangan sarapan pagi.

Kadang-kadang bila dah jadi pelanggan setia macam perisik ini, kita tahu apa yang kita mahu dan harapkan dari McDonald's. Kadang kala point tu dikumpul supaya boleh belanja satu keluarga. Jadi bayangkanlah berapa banyak yang kena dibelanjakan untuk mengumpul point hidangan setiap ahli keluarga. 

Tiada yang lebih bermakna, apabila kita dapat kongsikan kegembiraan makan percuma bersama tersayang. Hanya di McDonald's!


No comments:

Post a Comment