Monday, March 28, 2016

McDonald's Bersama Komuniti Bukit Mahkota 5 Jayakan Gotong-royong


Sudah banyak khidmat masyarakat dilakukan oleh pihak McDonald's Malaysia. Biasiswa pelajaran, bantuan pembedahan kanak-kanak sumbing, penyediaan fasiliti untuk membimbing anak-anak masalah perkembangan kognitif dan sebagainya. 



Kali ini McDonald's menjayakan satu lagi Corporate Social Rensposibility (CSR) kepada masyarakat. Iaitu menaja program gotong-royong bersama komuniti Bandar Bukit Mahkota 5 yang berlangsung baru-baru ini. Siapa sangka syarikat gergasi antarabangsa akan respon dalam menaja komuniti kecil ini. 



Antara tajaan McDonald's MY adalah t-shirt dan sarapan pagi kepada hampir 300 penduduk yang menyertai gotong royong tersebut. Ini bukan kali pertama McDonald's memberi tajaan kepada program komuniti kecil di Malaysia. Malah ceramah agama juga turut ditaja pihak McDonald's MY. 




Gotong-royong ini juga turut mendapat sokongan pihak Polis DiRaja Malaysia, Bomba, Pejabat Kesihatan, guru-guru serta para pelajar Sekolah Bandar Bukit Mahkota. Difahamkan sambutan amat menggalakkan memandangkan pelbagai pengisian disediakan sambil menikmati sarapan McDonald's.



Dah lihat semua kerja CSR McDonald's ini, memang mengarut bila ada yang menuduh McDonald's salur duit dalam operasi Zionis-Israel. Belum lagi disentuh bab konspirasi cubaan memburukkan McDonald's. Ketika tragedi banjir terburuk negara yang menenggelamkan Manik Urai di Kelantan. McDonald's juga menghantar pasukan sukarelawan  dalam menghulurkan pelbagai keperluan makanan, pakaian dan membantu kerja-kerja pembersihan. 



Jangan pula kita buat tak nampak 1000 kebaikan hanya kerana 1 konspirasi. Konspirasi itu pun tiada bukti konkrit. Jelas pemboikot, memboikot tanpa bersandarkan bukti, jadi tidak perlu pula menjadi pengikut membuta tuli. Dekati McDonald's, Kenali McDonald's dan Fahami McDonald's. Perisik pasti anda juga akan bersetuju bahawa segala tuduhan terhadap McDonald's adalah fitnah semata-mata.

No comments:

Post a Comment