Tuesday, March 22, 2016

Peneroka Tetap Terima Dividen - Isa Samad



Kalau layan cerita pembangkang, segala usaha kerajaan diandaikan muflis. Negara Malaysia sendiri pun mereka tuduh bakal muflis, beriya mendoakan nasib negara jatuh seperti Greece. Cerita-cerita begini nak elak pun kadang kala terdengar juga. Jadi kita sebagai pembaca perlulah mengkaji sejauh mana kebenaran dakwaan muflis itu.

Sebut mengenai FELDA pula, pasti menjadi sasaran pembangkang untuk diburukkan. Antara dakwaan yang dimainkan adalah FELDA muflis. Dari sebelum PRU13 sehingga kini kita masih mendengar tuduhan tak berasas tersebut. Mana mungkin syarikat yang muflis masih mampu memberi bonus dan mengembangkan portfolio pelaburan setiap tahun.

Logiknya kalau muflis, segala transaksi beku. Tetapi FELDA beroperasi seperti biasa tanpa kekangan kewangan. Tak perlu lihat pada organisasi besar, anda secara individu bila muflis, segala urusan perbankan digantung/dibekukan. Siapa pernah muflis akan faham. 

Cuma perkara ini lebih mudah memperdayakan mereka yang tidak memahami. Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad menyangkal cubaan memburukan organisasi peneroka ini. Ada juga suara-suara sumbang cuba mengait sekali FELDA dan TH yang tengah panas beberapa minggu ini dengan tuduhan tidak mampu membayar dividen. 

"Peneroka FELDA yang mempunyai saham tetap akan menerima deviden, tetapi sedikit atau banyak akan ditentukan dalam mesyuarat itu." kata Isa Samad. 

Peneroka juga sudah masak dengan mainan pembangkang ini yang cuba meracuni pemikiran mereka. Isa Samad mengingatkan para peneroka tidak perlu percaya dengan khabar angin ini. Cabaran ekonomi dan kejatuhan harga minyak sawit mentah sememangnya tidak dapat kita nafikan. Tapi impak kerencatan ekonomi global ini dapat diminimumkan bagi memastikan kelangsungan FELDA.

Dividen sikit atau banyak adalah rezeki peneroka. Bonus dan insentif lain yang disediakan kerajaan tidak pernah dilupakan. Sekurang-kurangnya jika tak untung besar, tiada kerugian yang ditanggung peneroka secara total. Lagi pun prestasi kewangan berakhir 31 Disember 2015 merekodkan hasil RM15.67 berbanding RM15.26 tahun sebelumnya.

Dalam cabaran ekonomi pun FELDA masih mampu meningkatkan hasil pendapatan. Akan datang FELDA melalui FGV telah pun mula merencana prospek-prospek baru bagi mengurangkan kebergantungan pendapatan terhadap minyak sawit mentah semata-mata. 

No comments:

Post a Comment