Tuesday, March 22, 2016

Siasat Segera Isu #BangloDiskaun LGE! #TiongLai #MCA


Sudah acapkali kita melihat MCA menjadi mangsa fitnah DAP. Tidak kurang juga fitnah yang datang dari penyokong kerajaan sendiri yang menyangka MCA ada pakatan sulit dengan DAP. Walaupun banyak andaian negatif yang dibuat, ia sedikit pun tidak menjejaskan momentum kempen MCA #UndiBN #KekalBN di bawah pimpinan Presidennya Liow Tiong Lai.

MCA juga dalam diam telah menggerakkan jenterannya ke pelusuk negara bagi mencurah bakti kepada masyarakat tanpa mengira fahaman politik. Kepimpinan MCA juga tampak semakin agresif dalam membalun DAP yang tidak henti-henti menggunakan fitnah sebagai alat meraih sokongan terhadap parti roket tersebut.

Terbaru dalam isu-isu panas yang melanda Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Tiong Lai menyarankan supaya siasatan dibuat segera kerana alasan banglo dibeli Guan Eng pada bawah harga sebenar disebabkan ketiadaan kolam renang adalah tidak berasas sama sekali.

Terlalu banyak wayang dimainkan LGE bila isu banglo ini meletus. Semua tahu tindak tanduk yang diambil DAP adalah bagi mengalih isu serta memainkan persepsi bagi menyalahkan kerajaan. Pendedahan isu banglo ini dibuat oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya di Parlimen.

Ekoran daripada itu kita dapat melihat lawak LGE dalam mencabar Shabudin mengulang kenyataan diluar Dewan Rakyat, dakwa beliau membuat tuduhan di sebalik imuniti di dalam dewan. Selepas itu, Shabudin membuat kenyataan kepada media diluar dewan di perkarangan lobi parlimen.

Keesokkannya wayang berubah kepada mengajak Shabudin bertemu empat mata di pejabatnya di Komtar minum kopi sambil menjelaskan perihal banglo murahnya itu. Mulalah lawak seterusnya, menuduh Shabudin penakut untuk bertemu dengannya. Walhal laporan telah dibuat kepada SPRM, jadi jelaskanlah panjang lebar kepada SPRM. 

Belum lagi kita kira kenyataan berbelit-belit pemimpin DAP untuk pertahankan jenayah LGE. Ada cakap beliah suka sama suka, Feng Shui tak bagus dan bila semua usaha mengalih tidak berjaya, dakwa diri tidak tahu menahu tentang nilai pasaran yang terjual padanya.

Nampaknya tembelang dah pecah! Temberang macam mana pun semakin banyak keraguan. Rakan dalam pakatan sendiri terutama PKR dan PAN nampaknya hanya mampu melihat sahaja DAP berkung-fu menyelamatkan diri. Tak sabar rasanya nak lihat kesudahan wayang LGE-DAP ni. 

No comments:

Post a Comment